Rojak Daily Logo

10 Lagu Pilihan Rojak Daily Minggu Ini

0
comments
10 Lagu Pilihan Rojak Daily Minggu Ini
Semua syok!

Selamat menempuh minggu baru! Kami senaraikan 10 lagu pilihan minggu ini sebagai playlist yang boleh anda layan sambil menceriakan hari anda. 

1) Sejati - Faizal Tahir

Faizal Tahir kembali dengan nukilan terbaharu, sebuah lagu cinta. Single terbaharu dari Faizal Tahir ini merupakan lagu tema untuk drama Jasmine di TV3. Hayati liriknya yang menusuk kalbu dan menyentuh jiwa. 

 

2) Ride - Twenty One Pilots

Selepas single Stressed Out, Twenty One Pilots kembali dengan single terbaharu, Ride. Muzik yang catchyyang lirik yang bersahaja membuatkan ia senang masuk dalam kepala.

3) Tanda Tanya - Aisyah Aziz

Lunak alunan suara adik kepada Alif Aziz ini. Muzik videonya juga menghiburkan dan jika anda stress pada hari Isnin ni, jom saksikan.

4) Treat You Better - Shawn Mendes

Ini lagu patah hati kalau anda masih mengharapkan seseorang yang telah berpunya untuk berkunjung tiba di dalam hati anda. Muzik videonya juga agak membuai perasaan dan Shawn Mendes kembali memecah carta.

 

5) Terakhir – Sufian Suhaimi

Lagu yang sesuai untuk anda yang sedang berhadapan dengan situasi putus cinta. Ketika anda menghayati lirik dan melodi lagu ini, janganlah bayangkan si dia. Anggaplah semuanya pengalaman dan teruskan kehidupan anda. 

6) Toothbrush - DNCE

DNCE sentiasa memberikan melodi rancak untuk kita mengoyangkan badan. Apa yang menarik tentang muzik video ini? Mereka tidak menggunakan model tipikal sebaliknya tampil dengan supermodel plus sizeterkemuka, Ashley Graham sebagai model. 

7) Tabah - Elizabeth Tan

Setabah Elizabeth Tan, kita juga harus tabah mengharungi minggu ini agarnya semuanya diharap berjalan lancar. Lagu ini mempunyai lirik yang kuat dan membuatkan kita menghayati kisah disebalik lagu ini.

8) Cold Water - Major lazer Ft. Justin Bieber & MO

Khabarnya selepas kejayaan lagu ini memanjat carta-carta lagu, Major Lazer telah memberikan air sejuk sepada peminat mereka bagi meraikannya. Bersesuai dengan tajuk, nikmatilah 'kesejukan' indah lagu ini. 

9) Oh No - Tasha Manshahar Ft. Viral

Lagu ini sedang rancak berkemundang di radio-radio tempatan. Hasil gubahan DJ Fuzz ini memberikan alunan indah kepada telinga kita.

10) Katakan - Harris Baba

Pendatang baru yang bernaung di bawah Faizal Tahir ini tampil dengan single terbaharunya, Katakan. Dengan iras wajah Zayn Malik dan suaranya yang boleh tahan, kami rasa Harris Baba memang boleh pergi jauh.


 
 
 
Comments