Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Wak Doyok Selamat Bertunang Dengan 'B'?

Pasangan ini khabarnya sudah bertunang dalam satu majlis tertutup yang diadakan baru-baru ini.

0
comments
Wak Doyok Selamat Bertunang Dengan 'B'?
Pasangan ini masih berahsia mengenai status hubungan sebenar mereka meskipun menerima banyak ucapan tahniah daripada kenalan dan peminat. (Gambar: Instagram - azrinazmazharhakim dan wakdoyok)

Hubungan bekas personaliti televisyen terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim dengan pengacara, Wak Doyok bukan lagi rakan karib apabila mereka khabarnya sudah bertunang. Azrinaz menerusi akaun Instagramnya turut menerima banyak ucapan tahniah daripada kenalan dan peminat yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Dalam satu gambar dimuat naik Azrinaz tengah malam tadi, ‘kekasihnya’ itu turut memanggilnya dengan panggilan manja ‘b’ yang seringkali merujuk perkataan ‘baby’ yang digunakan kebanyakkan pasangan bercinta.

Azrinaz | Rojak Daily
Gambar yang dimuat naik Azrinaz menerusi Instagram dua hari lalu yang menimbulkan pertanyaan ramai kenalan dan peminat. (Gambar: azrinazmazharhakim - Instagram)
Azrinaz | Rojak Daily
Azrinaz yang dipanggil ‘b’ oleh Wak Doyok menerima banyak ucapan tahniah. (Gambar: azrinazmazharhakim - Instagram)

Meskipun, bekas isteri Sultan Brunei ini menerima banyak ucapan tahniah, dia masih lagi berahsia mengenai berita pertunangannya yang diperkatakan peminat. Merujuk laporan Utusan Online, pasangan ini dikatakan mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di rumah Azrinaz di Desa Hartamas, Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu tetapi belum menetapkan tarikh pernikahan.

Pasangan ini pernah digosipkan bercinta selepas mereka beberapa kali kelihatan bersama termasuk memuat naik gambar berdua di media sosial. Menerusi akaun Instagram Wak Doyok, dia juga menerima banyak ucapan tahniah daripada kenalan dan peminat.

Azrinaz | Rojak Daily
Antara foto berdua pasangan ini yang dimuat naik Azrinaz menerusi media sosial. (Gambar: azrinazmazharhakim - Instagram)
 
 
 
Comments



Back to top