CLOSE
CLOSE

4 Lagu Duet Awie & Hattan Yang Perlu Anda Dengar

Kami himpunkan empat lagu duet Hattan dan Awie yang masih diingati sehingga kini.


  • Share:

4 Lagu Duet Awie & Hattan Yang Perlu Anda Dengar

Empat lagu duet ini pernah menjadi fenomena dan sehingga kini masih menjadi pilihan peminat. Selain paduan suara yang mantap, susunan muzik serta keserasian artis ini menjadi antara faktor yang mencantikkannya.

Senja Nan Merah: Lagu duet antara Awie dengan Ziana Zain ini berada di tempat pertama dan sehingga kini masih kuat berada dalam ingatan. Lagu ini dihasilkan ketika kedua penyanyinya terlibat dalam filem arahan M. Nasir berjudul Merah yang mengisahkan suka duka seorang banduan dalam berhadapan stigma masyarakat dan pada masa sama bertekad untuk bebas Baldu Biru: Lagu gadungan dua ikon rock legenda tempatan iaitu Awie dan Ella yang cukup terkenal. Lagu ini agak santai tetapi menonjolkan vokal Awie dan Ella.


Tangisan Marhaenis: Siapa yang tidak ingat dengan lagu Tangisan Marhaenis yang didendangkan Hattan dengan Dia Fadila. Tidak mudah untuk menyampaikan lagu ini. Paduan suara dua penyanyi ini cukup mantap sehingga mampu diingati hingga kini.


Gemuruh
Lagu nyanyian Awie dan Amy ini dihasilkan khusus untuk album Double Trouble. Lagu tema Double Trouble ini melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album tersebut yang telah terjual sebanyak 180,000 unit sekitar tahun 1992.

Sementara itu, peminat muzik Rock yang berbakat dalam nyanyian bolehlah hadirkan diri ke uji bakat sebuah rancangan realiti pencarian bakat rock yang akan diadakan pada 18 dan 19 Februari ini di Anggerik Mall, Shah Alam. Program Rockanova yang menampilkan Dato’ Awie dan Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai Juri Tetap untuk menilai persembahan peserta manakala Dato’ Hattan pula bertindak sebagai Guru Vokal dan Persembahan.

Program ini bakal bersiaran di Astro Prima (105) dan siaran serentak di Maya HD (135) mulai 29 Mac. Peserta yang berminat boleh melalui sesi uji bakat secara online dengan memuat naik video nyanyian dan menggunakan kata kunci atau hashtag #bakatrockanova menerusi laman sosial Instagram atau melalui platform radio rasmi Rockanova iaitu Sinar FM di segmen petang, Santai Sinar yang dikendalikan oleh penyampai radio Salleh Yaacob dan Feeya Iskandar.

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top