12,000 Muat Turun Permainan Mudah Alih J Revolusi

Baru seminggu dilancarkan, sudah berada dalam senarai 10 permainan aksi teratas.


  • Share:

12,000 Muat Turun Permainan Mudah Alih J Revolusi

J Revolusi, sebuah filem yang diinspirasikan oleh filem risikan Jefri Zain yang diarahkan Tan Sri Jins Shamsuddin pada tahun 1960 bakal menjadi fenomena baru perfileman negara. Filem arahan pertama pengarah baru, Zulkarnain Azhar ini turut dibintangi Zul Ariffin, Izara Aishah dan Fazura ini mengisahkan tentang skuad UTK dan misi menyelamat yang dilakukan mereka.

Selain pelakon ternama, trailer menarik dan sesi ramah mesra bersama peminat, filem ini turut mempunyai aplikasi permainan mudah berasaskan filem yang pertama di Malaysia. Selain memaparkan wajah dan suara dua tunggak utamanya Zul Ariffin dan Izara Aishah, permainan yang menggunakan kesan grafik tiga dimensi (3D) ini mempunyai bunyi, muzik dan latar canggih yang turut memaparkan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

Menurut Harian Metro dan Berita Harian, J Revolusi telah mencatat kira-kira 12,000 muat turun selepas seminggu dilancarkan. Malah permainan maya yang dibangunkan Media Prima Digital itu turut tersenarai sebagai 10 permainan aksi teratas di Apple Store.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Apple Store dan Google Play untuk merasai permainan di tiga lokasi berbeza dengan menggunakan pelbagai senjata seperti M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700.

Filem yang menggunakan tagline Sekali melangkah, takkan berundur ini akan berada di pawagam 2 Mac 2017.

Menurut tweet Filem Kita, para pelakon akan menghadiri sesi ramah mesra di kawasan utara dan selatan termasuk di sekitar Lembah Klang bermula Februari ini. Selain itu, sebuah buku filem turut dikeluarkan pada April 2017. Buku ini akan memaparkan pelbagai informasi berguna tentang filem, gambar-gambar eksklusif, watak dan senjata yang digunakan dan mempunyai komik 16 halaman dengan kisah baru yang masih mengekalkan watak utama filem.

 

Ikuti trailer rasmi filem ini yang baharu sahaja dikeluarkan pada hari Ahad yang lalu.

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top