CLOSE
CLOSE

Hanez Suraya Fail Cerai?

Pelakon itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Romie hari ini.


  • Share:

 Hanez Suraya Fail Cerai?

Pelakon Love You Mr Arrogant, Hanez Suraya, telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais hari ini di Mahkamah Rendah. Konflik perkahwinan pelakon berusia 32 tahun itu mula kedengaran beberapa kali sebelum reda. Terbaharu dikatakan rumah tangga pasangan ini retak namun gambar percutian sekeluarga ke Jepun menidakkan desas-desus itu.  .

(Kredit Gambar: Instagram @hanezsuraya)

Sejak awal perhubungan Hanez dengan Romie, pasangan ini tidak henti-henti dilanda kontroversi. Bercinta dengan suami orang, suami larang anak-anak berjumpa ibu mereka dan Hanez Suraya perampas, antara yang tular di media sosial. Bunyinya memang menyakitkan hati, Namun Hanez cukup tenang mendepani cerita-cerita sebegini. Dan kini, Hanez sekali lagi perlu mendepani cerita negatif rumah tangganya setelah permohonan cerai yang difailkannya tular.

(Kredit Gambar: Instagram @hanezsuraya)

Pasangan ini telah berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Aleesya, 13 bulan. Romie sebelum ini pernah berkahwin dengan Nurliyana Abd. Manan dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Adreeshah dan Putra Rayqarl Shah.

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top