CLOSE
CLOSE

Lagu Best, Tetapi Mengapa Nastia Kurang Dikenali?

Nastia kini tampil dengan lagu baru berjudul Rapuh dan menjadi band pertama Faithful Music.


  • Share:

Lagu Best, Tetapi Mengapa Nastia Kurang Dikenali?

Nastia, sebuah band yang mula disebut-sebut media arus perdana sejak tahun 2011 ketika mereka bersama-sama menyertai Battle of the Band anjuran SuriaFM. Band ini mula dikenali apabila lima buah lagu nyanyian mereka iaitu Kosong, Sebut Namamu, Sungguh, Hanyut dan Esok Belum Tiba menjadi runut drama Korban Kasih. Nastia mula menerbitkan EP pertama mereka berjudul Xpresi yang menerima maklum balas positif luar biasa daripada peminat mereka di seluruh Malaysia. Bertitik tolak daripada penerimaan memberangsangkan itu, Nastia muncul bersama album pertama berjudul Esok Belum Tiba yang dihasilkan AG Coco.

(Kredit Gambar: Instagram @nastiamusic)

Terbaharu mereka mengeluarkan single berjudul Rapuh yang diterbitkan oleh Faithful Music dan sekaligus menjadikan mereka band pertama berada di bawah syarikat milik Faizal Tahir. Ramai yang memuji tindakan Faizal Tahir mengambil Nastia sebagai ahli keluarga Faithful Music kerana lagu-lagu yang dibawa mereka mempunyai nilai tersendiri dengan lirik cukup mendalam sehingga ada yang menangis menghayati. Enam tahun dalam industri, Nastia kini bersedia melebarkan sayap untuk terbang lebih tinggi. Ramai yang memuji kehebatan susunan muzik dan persembahan mereka, tetapi masih ramai yang belum mengenali band ini. Ayuh dengarkan Rapuh, mungkinkah lagu ini bakal menjadi fenomena yang menaikkan populariti Nastia?


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top