Rojak Daily Logo

Polis Tangkap Isteri Kedua Adi Putra

0
comments
Polis Tangkap Isteri Kedua Adi Putra
Adi Putra memberitahu dia menyerahkan pada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas isteri keduanya. (Gambar: adpadiputra - Instagram dan Astro Gempak)

Selepas sebulan bernikah dengan isteri kedua, pelakon popular, Adi Putra berdepan satu lagi dugaan apabila isteri barunya itu ditahan polis berhubung sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Wanita itu, Nor Shahida Zolkifly yang juga kakitangan Imigresen ditahan bersama dua lagi rakannya baru-baru ini dalam satu operasi polis untuk membantu siasatan kes tersebut.

Mengulas kejadian itu, Adi menyatakan pada Berita Harian, dia sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku dan menyerahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 35, bernikah dengan Nor Shahida pada 20 Jun lalu baru-baru ini tampil membuat sidang media menjelaskan isu dia berkahwin dengan seorang wanita yang menjadi isteri kedua selepas gambar perkahwinan mereka tersebar di media sosial.

 
 
Comments