CLOSE
CLOSE

Sudahlah Tarik Muka, Fakta Yang Ada Pun Diputar Belit

Khairul Amri Hassan Bidas Kenyataan Janna Nick


  • Share:

Sudahlah Tarik Muka, Fakta Yang Ada Pun Diputar Belit
Kontroversi antara Janna Nick dengan pereka fesyen Khairul Amri Hassan masih belum surut. Khairul sebelum ini menyeluarkan kenyataan Janna Nick membuat muka dan diam seribu bahasa sepanjang berada di bilik persalinan. Janna membalas kenyataan itu dengan alasan pakaian yang diberikan seksi dan tidak sesuai dengan imejnya selain salah satu pakaian itu hampir menyamai pakaian yang pernah digayakan dahulu.  
(Kredit Gambar: instagram @jannanick)

Khairul Amri Hassan membidas kenyataan Janna Nick, pelakon Biar Aku Jadi Penunggu bersama Asyraf Muslim berhubung tindakannya yang enggan memakai baju rekaan beliau pada sesi fotografi kerana tampak seksi dianggap tidak masuk akal di dalam akaun facebook miliknya.

(Kredit Gambar: instagram @jannanick)

Menurut Khairul seperti tulisannya di Facebook, dia menyediakan enam helai pakaian termasuk jaket oversize, skinny fitted pants dan gaun hijau zamrud selain  sehelai 'oversized jumper', gaun paras bawah lutut, 'loose top', skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam 'strapless' paras lutut. Namun Janna bukan sahaja tidak menggayakan mana-mana pakaian disediakan, malah memilih menyarung persalinan yang dibawanya sendiri tanpa memaklumkan kepada pereka fesyen akan pilihannya itu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top