CLOSE
CLOSE

Siti Saleha Bakal Bergelar Isteri Selepas Aidilfitri

Berharap semua mendoakan yang terbaik dan berjalan dengan lancar.


  • Share:

Siti Saleha Bakal Bergelar Isteri Selepas Aidilfitri
Siti Saleha bakal menamatkan zaman bujangnya selepas Hari Raya Aidilfitri (Kredit Gambar: Instagram Siti Saleha @sallywho)

Akhirnya, selepas bertunang secara tertutup tahun lalu, pelakon cun Siti Saleha bakal bergelar isteri selepas Aidilfitri tahun ini.

Siti Saleha atau mesra disapa Sally berkata, dirinya excited melalui beberapa fasa baharu untuknya tahun ini termasuk bakal melangsungkan perkahwinan.

Katanya kepada RojakDaily Kaw! semua perkara masih dalam proses on going preparation dan akan dimaklumkan nanti.

Bertunang secara tertutup pada November tahun lalu (Kredit Gambar: Instagram Siti Saleha @sallywho)

"Syukur dan gembira serta saya harap semuanya akan dipermudahkan. Saya harap doakan yang baik-baik," katanya.

Saleha yang berusia 27 tahun dan Lutfi Azhar, 31, mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu setelas berkenalan hampir setahun.

Saleha dilamar Lutfi yang merupakan seorang pegawai kerajaan di Cancun, Mexico, Julai tahun lalu ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan.

Bakal suami Siti Saleha merupakan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara (Kredit Gambar: Instagram Siti Saleha @sallywho)

Ditanya mengenai kerjaya seni, pelakon filem Langit Cinta itu berkata dia bakal berlakon dalam beberapa drama dan telefilem termasuk bergandingan dengan Reza Minhat.

"Saya juga bakal mencuba beberapa watak baharu tahun ini bagi memantapkan lagi kerjaya lakonan saya," katanya.

Saleha berkata, dia juga beruntung kerana mempunyai kelompok peminat yang kukuh dan tak jemu menyokong kerjaya seninya.

Berharap semua mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua (Kredit Gambar: Instagram Siti Saleha @sallywho)

Kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Team Siti Saleha menjadi pembakar semangat dalam kerjaya seni adik kepada vokalis Bunkface ini.

"Saya sayang mereka semua yang sentiasa ada untuk saya," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top