CLOSE
CLOSE

Jejak Karmila Bikin Penonton Menangis Seawal Episod Pertama

Gabungan pelakon lama dan baharu, membuat penonton melekat di kaca TV


  • Share:

Jejak Karmila Bikin Penonton Menangis Seawal Episod Pertama

Jejak Karmila, sebuah lagi drama adaptasi novel nukilan Nilam Syapina yang membariskan pelakon handalan seperti Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Amy Mastura, Azri Iskandar, Asyraf Aley, Johan Asaari, Fauziah Nawi, Ben Ali, Wan Sharmila dan Amanda Misbun antara pelakon yang membintangi drama yang disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3. Lagu Sekian Terima Kasih nyanyian Azharina dipilih sebagai lagu OST, yang cukup menggambarkan kesengsaraan yang ditanggung pelakonnya.

(Kredit Gambar: Instagram @Jejakkarmila)

Drama ini adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali setelah diuji dengan pelbagai konflik kehidupan. Drama ini turut mengangkat menceritakan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk berkahwin lari. Perkahwinan tidak mengubah Karim yang memilih untuk berfoya-foya dan hidup bebas tanpa memikirkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya.

(Kredit Gambar: Instagram @Jejak Karmila)

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Setelah dibebaskan dia mula menjejaki anak-anaknya yang terpisah. Suraya, anaknya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.

Inilah trailer drama yang bakal trending ini. Sebelum ini, kita lihat apa kata netizen tentang drama ini yang baru sahaja menemui penonton 11 Januari ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top