CLOSE
CLOSE

Emma Maembong Dirisik Keluarga Korea

Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza, pasangan secocok serasi bersama.


  • Share:

Emma Maembong Dirisik Keluarga Korea
Sebelum ini pasangan sama cantik, sama padan dan sama ‘gila-gila’ ini ditemukan dalam drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa, kini mereka bakal disatukan di dalam filem Kimchi Untuk Awak, arahan Michael Ang.
 

(Kredit Gambar: Instagram @michaelang38)
Peminat drama Korea tentunya teruja dengan kemunculan filem Kimchi Untuk Dia Mac ini. Bayangkan adegan tenung-menenung, curi pandang dan tarik-tarik tangan digambarkan di dalam filem ini. Sweet, kan? Kami tunjuk sedikit bagi menambah keterujaan anda!

 

Ini pula antara antara gambar-gambar sepanjang penggambaran.

(Kredit Gambar: Instagram @kinchiuntukawak & @astroshaw)
(Kredit Gambar: Instagram @astroshaw)
Bergambar bersama kru produksi filem. (Kredit Gambar: Instagram @kimchiuntukawak)
Filem pertama Aiman Hakim Redza juga Michael ini diadaptasi daripada novel karya Suri Ryana yang menggunakan tajuk yang sama. Filem ni mengisahkan perjalanan kisah cinta antara Bella dan Danial yang tercetus secara tidak sengaja. Bermula dengan perlanggaran di lapangan terbang ketika Bella (Emma Maembong), pelajar sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan mahu pulang ke Malaysia dengan Danial Lee (Aiman Hakim Ridza), lelaki berdarah kacukan Korea.

 

(Kredit Gambar: Instagram @astroshaw)
 
(Kredit Gambar: Instagram @kimchiuntukawak)
Sudah tertulis jodoh antara mereka apabila Bella diminta membuat kimchi untuk dijamu kepada presiden syarikat di tempat kakaknya bekerja yang tanpa disangka merupakan lelaki yang dilanggarnya di lapangan terbang. Dan, pertemuan ini membawa kepada penyatuan mereka sebagai suami isteri atas pilihan keluarga masing-masing yang saling mengenali.

 

(Kredit Gambar: Instagram @astroshaw)
Bermulalah dugaan dan halangan yang menimpa perhubungan mereka sehingga menyebabkan Bella melarikan diri ke Seoul akibat tindakan wanita bernama Zara (Janna Nick) dan Yoo Ri (natasha Elyzza). Cinta dan rindu menebal akhirnya membawa Danial ke bumi Korea Selatan untuk menjejaki isterinya.  

(Kredit Gambar: Instagram @kimchiuntukawak)
Saksikan promo oleh tiga pelakon utama filem ini. Aiman, Aiman, mengalunkan pun boleh, kan?

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top