CLOSE
CLOSE

Elizabeth Tan Mahu Masuk Kelas Bahasa Malaysia

Penyanyi popular ini juga mengakui menerima banyak tawaran berlakon.


  • Share:

Elizabeth Tan Mahu Masuk Kelas Bahasa Malaysia
Lizzy mengakui ketika ini dia tidak mempunyai masa untuk pergi ke kelas bahasa Malaysia. (Gambar: Elizabeth Tan - Facebook)
Di kala ada segelintir daripada masyarakat negara ini yang kurang selesa berbahasa Malaysia malah ada yang tidak tahu untuk bertutur, penyanyi popular Elizabeth Tan sebaliknya membuktikan dia seorang rakyat Malaysia yang mencintai bahasa Kebangsaan itu sehingga mahu memperbaiki kemahiran komunikasinya. 

Gadis yang mesra disapa Lizzy ini menyatakan dia berhasrat mengambil kelas bahasa Malaysia untuk meningkatkan penguasaan dan menambah keyakinan diri. Dia yang popular menerusi lagu "Knock-Knock" menyatakan ketika ini dia tidak mempunyai masa untuk pergi ke kelas tersebut dan masih memilih tempat yang sesuai.

Lizzy yang juga pernah membintangi sebuah filem Melayu berjudul Usop Wilcha: Mongonjang Makhluk Muzium sebelum ini mengakui turut menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama. Bagaimanapun, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana belum yakin dalam aspek penguasaan bahasa Malaysia, seperti dilaporkan Sinar Harian.

   

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top