Rojak Daily Logo

Evolusi Muzik Afdlin Shauki Di Comedy Planet KL

0
comments
Evolusi Muzik Afdlin Shauki Di Comedy Planet KL
Afdlin akan mengadakan persembahan termasuk menyanyi pelbagai lagu genre R&B termasuk dari zaman 80-an dan 90-an.
Elemen komedi dengan Afdlin Shauki memang tidak boleh dipisahkan. Tidak kira filem komedi mahupun karakter lebih serius, lakonan Afdlin sering membuatkan penonton terhibur. Selepas meraih pelbagai pencapaian dalam industri perfileman tempatan, Afdlin terus berusaha meneroka peluang baru yang boleh menjana pendapatan dan memberi manfaat pada orang ramai.

Terbaru, Afdlin mewujudkan satu platform untuk pelawak membuat persembahan di atas pentas iaitu di Comedy Planet KL yang terletak di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya, Afdlin bersama beberapa rakan artis lain akan membuat persembahan pada khalayak menerusi acara Afdlin Shauki 'Standing Up Singing' yang akan diadakan pada 13 dan 14 Januari ini.



Afdlin memberitahu, dia akan mengadakan persembahan termasuk menyanyi pelbagai lagu genre R&B dari zaman 80-an dan 90-an seperti Boys 2 Men, Simply Red, Brian McKnight dan Stevie Wonder serta lagunya sendiri.Tambahnya, persembahannya kali ini akan menjadi satu evolusi muzik daripadanya yang lebih dikenali sebagai pelawak.

Bagaimanapun, bayaran RM50 bersama satu minuman percuma dikenakan kepada pengunjung untuk menyaksikan persembahan ini yang dijangka bermula jam 8.30 malam. Menariknya, persembahan komedi Afdlin ini diiringi band Acidiz dianggotai Datuk Acis, Aji, 'Dr' Pacheye dan 'Sotong'. Bagi orang ramai mahupun peminat Afdlin yang berminat untuk membuat tempahan menyaksikan persembahan ini boleh menghubungi talian 012-2088334 (Hanny) atau mesej menerusi Whatsapp, +447490756844.
 
 
Comments



Back to top