Rojak Daily Logo

Ratu Cantik 'Kantoi' Di Lapangan Terbang

0
comments
Ratu Cantik 'Kantoi' Di Lapangan Terbang
Ratu Cantik Colombia ini mendakwa dia memerlukan sejumlah wang untuk pembelanjaan termasuk penginapan.(Gambar: juli_lopezs - Instagram)

Akibat terdesak mendapatkan wang, seorang model terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 tahun atas kesalahan mengedar dadah masuk ke China. Niat asal gadis bernama Juliana Lopez Sarrazola adalah mahu menyertai satu pertandingan ratu cantik di negara itu.

Namun, nasib malang menimpanya, selepas mahkamah mendapati gadis berusia 22 tahun ini bersalah mengedar 610 gram kokain yang disorok dalam komputer riba ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun pada 18 Julai tahun lalu. Mengikut undang-undang negara itu, Sarrazola boleh dikenakan hukuman gantung atau penjara seumur.

Merujuk laporan South China Morning Post, gadis itu sepatutnya bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015 di Sanya, China pada Disember tahun lalu. Jelas Ratu Cantik Colombia ini kepada mahkamah, dia memerlukan sejumlah wang untuk pembelanjaannya di sana termasuk penginapan.

Dia kemudian ingin meminjam wang daripada seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Sergio tetapi diberi wang sebanyak AS$2,500 sekiranya dia bersetuju membantu lelaki itu membawa komputer riba tersebut. Namun, dia akhirnya terjerat sebagai 'keldai dadah'.

 
 
Comments