CLOSE
CLOSE

Wings Berkubur, Joe Disingkirkan?

Awie beri penjelasan mengenai khabar angin tersebut.


  • Share:

Wings Berkubur, Joe Disingkirkan?
Awie menyatakan anggota Wings seperti sebuah keluarga yang menyelesaikan apa jua perselisihan faham yang wujud dengan cara baik. (Gambar: Berita Harian)
Vokalis rock terkenal, Awie berjanji band rock tersohor, Wings, tidak akan berkubur meskipun wujud perselisihan faham membabitkan anggota kumpulan itu. Wings dikatakan berdepan dengan dakwaan band itu akan berpecah manakala gitaris mereka, Joe akan disingkirkan.

Jelas Awie, antara mereka seperti sebuah keluarga yang menyelesaikan apa jua perselisihan faham yang wujud dengan cara baik, seperti dilaporkan Utusan Online.

Kenyataan Awie itu juga menafikan Joe disingkirkan daripada band itu selepas mereka sebelum ini menunda Konsert Wings 30 tahun 'Live' @ Kota Kinabalu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada 24 Disember lalu.

Dalam laporan media sebelum ini, persembahan itu ditunda kerana faktor tarikh konsert yang bertembung dengan sambutan malam Krismas. Bagaimanapun, penganjur konsert itu memaklumkan ia akan diadakan pada satu tarikh lain yang belum ditetapkan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top