Rojak Daily Logo

Tidak Cukup Bukti Terapi Ozon Selamat

0
comments
Tidak Cukup Bukti Terapi Ozon Selamat
Reen Rahim (kiri) dan Julia Ziegler antara selebriti yang pernah menggunakan rawatan Terapi Ozon.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan rawatan Terapi Ozon yang didakwa mampu merawat penyakit HIV dan kanser tidak mempunyai kajian yang cukup kukuh untuk digunakan orang ramai. Rawatan ini menarik perhatian khalayak selepas beberapa selebriti tempatan antaranya Remy Ishak, Reen Rahim, Julia Ziegler, Ahsraf Muslim, Ika Nabila dan Uqasha Senrose pernah mencuba menggunakan kaedah ini yang sebenarnya boleh mengundang bahaya sehingga maut. 

Dalam satu kenyataan KKM yang dimuat naik menerusi Facebook kementerian itu baru-baru ini menyatakan cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) telah menjalankan dan menerbitkan dua penilaian teknologi kesihatan (HTA) berkaitan Terapi Ozon pada tahun 2005 dan 2011 yang bermatlamat menilai keselamatan dan keberkesanan ozon terapi dalam rawatan perubatan menggunakan bukti dalam terbitan ilmiah.  

Bagaimanapun, kedua laporan Penilaian Teknologi Kesihatan bagi Terapi Ozon tersebut mendapati ia tidak mempunyai kelebihan terapeutik sebagai terapi pilihan bagi pelbagai penyakit berbanding kaedah terapi konvensional. Malah, maklumat keselamatan bagi Terapi Ozon juga tidak mencukupi yang didapati bukti tahap rendah yang terhad bagi keberkesanan terapi ozon dalam rawatan bagi penyakit tertentu sahaja seperti rawatan sakit belakang. 

Justeru, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini tidak cukup kukuh untuk memberi kesimpulan bahawa terapi ozon adalah berkesan dalam merawat penyakit lain seperti jangkitan HIV dan kanser. 

"Walaupun terapi ozon ini didakwa sebagai minimal invasif dan komplikasi yang berkaitan dengan rawatan ini jarang berlaku, terdapat banyak asas pertimbangan lain yang perlu diambil kira sebelum memutuskan bahawa terapi ozon adalah selamat. Terdapat laporan insiden yang mengancam nyawa dan keadaan di mana pengguna telah mengalami kehilangan upaya yang kekal yang berkaitan dengan penggunaan terapi ozon ini," katanya.

 
 
 
Comments



Back to top