Rojak Daily Logo

Diddy Hirdy Bersemangat Sambung PhD, Menanti Kelahiran Cahayamata Kedua.

0
comments
Diddy Hirdy Bersemangat Sambung PhD, Menanti Kelahiran Cahayamata Kedua.
Diddy Hirdy bersama isteri dan anak bergambar di hadapan University of Glasgow, Scotland. (Kredit Gambar: Facebook)

Bersua muka dengan Diddy Hirdy sehari sebelum beliau berangkat ke Glasgow, Scotland untuk menyambung pelajaran di peringkat kedoktoran (PhD), jelas terpancar kegembiraan di mata beliau.

Bukan sahaja cita-cita yang diidamkan selama ini terbentang di hadapan mata, tetapi juga kerana isteri tercinta, Ellen Norazah Musa kini sedang berbadan dua.

Diddy bersama isteri, Ellen Norazah, dan anak sulungnya, Nadra Aryssa Jauza (Kredit Gambar: Facebook)

"Usia kandungan kini menghampiri empat bulan, dan jika tidak ada aral melintang, cahayamata kedua Diddy bakal menjadi anak 'Glasgow'," seloroh Diddy.

Ditanya mengapa tidak sambung sahaja di dalam negara, jelas Diddy bidang tersebut (Music Industry Studies) belum ada ditawarkan di Malaysia.

Selamat mendaftar di University of Glasgow, Scotland. (Kredit Gambar: Facebook)

"Bidang itu masih belum diterokai sepenuhnya terutamanya di Malaysia dan paling penting ianya berkait rapat dengan kerjaya Diddy sebagai anak seni."

"Sebelum ini Diddy hanya keluarkan produk (lagu-lagu) tetapi Diddy ingin pergi lebih jauh untuk menjadi seorang yang memberikan sumbangan kepada industri di masa hadapan."

Diddy sempat diberi peluang bertemu pelajar Akademi Fantasia 2016 untuk memberikan kata-kata semangat. (Kredit Gambar: Facebook)

"Sebab itu sekiranya Diddy ditawarkan menyambung pelajaran bukan di bidang muzik, Diddy mungkin menolak. Tetapi Diddy gembira kerana Universiti Utara Malaysia (UUM) sangat prihatin dengan potensi industri seni dan memberi peluang kepada Diddy untuk menyambung pelajaran."

Menyentuh soal karier beliau sebagai seorang penyanyi, Diddy terdiam seketika.

"Diddy akan terus menyanyi kerana dua sebab. Satu, atas dasar passion dan minat yang sangat mendalam dan kedua, Diddy mahu sentiasa relevan di dalam industri."

Bersama komposer dan pasukan yang melahirkan single 'Pergilah' di Liverpool. (Kredit Gambar: Facebook)

"Saban tahun selepas kelahiran album pertama, Diddy terus menerus menghasilkan single. Setiap tahun, tidak pernah miss!"

"Terbaru adalah single bertajuk 'Pergilah' yang Diddy rakamkan di Liverpool ketika menyambung pengajian peringkat Masters."

Single terbaru Diddy, 'Pergilah' sudah boleh dibeli secara digital di semua platform. (Kredit Gambar: Facebook)

"Lagu 'Pergilah' sudah release secara online di semua platform muzik termasuk Sportify, iTune dan Raku. Tentunya Diddy berharap radio-radio di Malaysia juga dapat memainkan single terbaru Diddy," senyum beliau penuh harapan

Dengan izin Allah s.w.t. Diddy akan cuba terus menghasilkan sekurang-kurangnya satu single setiap tahun."

Diddy sentiasa positif dan mengharapkan rakan-rakan mendoakan kejayaan beliau. (Kredit Gambar: Syamel Ng)

Diddy berangkat ke Glasgow, Scotland, pada 1hb Januari lalu bersama isteri, Ellen, dan anak sulungnya, Nadra Aryssa Jauza,5, untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD di University of Glasgow, Scotland.

 
 
Comments



Back to top