Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Lagu-Lagu Berhantu Yang Sering Terngiang-Ngiang Di Kepala

Kami rangkumkan 16 buah lagu yang cukup terkenal sepanjang tahun 2016!

0
comments
Lagu-Lagu Berhantu Yang Sering Terngiang-Ngiang Di Kepala
Sebelum ini kami pernah berkongsi enam buah lagu yang menjadi fenomena tahun 2016. Melengkapkan senarai, kami himpunkan 16 buah lagu yang turut tidak terkecuali menjadi pilihan utama pendengar. Tidak salah andai kami katakan tahun ini telah tertulis rezeki buat pendatang baru seperti Aiman Tino, Khai Bahar, Amira Othman dan adiknya Irfan Harris serta buat lagu-lagu runut drama-drama popular.

Faizal Tahir & Dato Siti. (Kredit Gambar: Instagram @faizal_tahir)

1) Dirgahayu
Faizal Tahir & Dato’Siti Nurhaliza
Dua nama besar bergabung menyanyikan sebuah lagu baru, runut bunyi untuk drama Lara Aishah. Buah tangan terbaharu Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza tidak boleh disangkal mempunyai aura tersendiri. Lebih menarik klip video yang menyaksikan Faizal Tahir beraksi dengan piano sedang Dato Siti pula dalam busana merah berjuntaian ditiup angin yang dilakukan di stesen keretapi lama, cukup menarik dan berbeza. Dirgahayu, mengisahkan cinta sepasang kekasih yang tidak kesampaian kerana pelbagai dugaan dan cabaran mendatangi.



Ezad Lazim. (Kredit Gambar: Instagram @ezadlazim)

2)Demi Cinta
Ezad Lazim
Dahulunya dia bergerak secara berkumpulan, namun kini Ezad nekad bergerak solo. Penyanyi ini pernah terjebak dalam penyalahgunaan dadah, dan kini dia bangkit mencari diri. Bermula dengan kejayaannya mendapat tempat ketiga dalam Gegar Vaganza 2, Ezad seterusnya mengeluarkan single berjudul Hati Mati. 2016, Ezad kembali dengan  lagu Demi Cinta yang membawa mesej kepada masyarakat untuk menjauhi dadah yang hanya membawa kebinasaan.



Mawi ft. Syamsul Yusof. (Kredit Gambar: Instagram @cahayaasmawi)

3) Kalah Dalam Menang
Mawi ft Syamsul Yusof
Sebuah lagu bersifat ketuhanan yang memberi nasihat serta ingatan kepada manusia yang lupa. Lagu ini merupakan runut bunyi filem Munafik yang dinyanyikan oleh Mawi dan Syamsul Yusof mendapat lebih 9 juta tontonan di YouTube.



(Kredit Gambar: Instagram @faizal_tahir)

4) Sejati
Faizal Tahir
Lagu berkonsepkan ketuhanan yang memberi ingatan kepada manusia untuk kembali kepada pencipta. Lagu ini merupakan salah sebuah lagu daripada album keempat, terbaharu daripada Faizal Tahir. Album Anatomi telah menjengah pasaran sejak bulan November 2016 lalu.


(Kredit Gambar: Instagram @harrisbaba)

5) Katakan
Harris Baba
Penyanyi yang berasal dari Singapura ini mula dikenali kerana memiliki wajah persis anggota kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik. Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba memulakan karier sebagai peragawan dan pelakon sebelum mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian melalui single pertama yang berjudul ‘Katakan’. Sudahkah anda menonton video muziknya? Simple tetapi menarik dan nampak class, kan?  



(Kredit Gambar: Instagram @syamel_official)

6) Hidup Dalam Mati
Syamel AF 2015
Walaupun tidak menjuarai Akademi Fantasia 2015, nama Syamel cukup terkenal kerana kelunakan suaranya menyanyikan lagu Hidup Dalam Mati dan Lebih Sempurna. Malah lagu Hidup dalam mati hampir tercalon dalam Anugerah Juara Lagu sebelum terpaksa ditarik balik akibat masalah hak cipta. Lagu ini juga turut digugurkan daripada pencalonan pada Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) lalu. Pada majlis itu Syamel berjaya membawa pulang trofi untuk kategori Artis Baharu Terbaik AIM 22.



(Kredit Gambar: Instagram @tajulariff)

7) Sedalam dalam rindu
Tajul
Sebuah lagu luahan kasih sayang dan rindu kepada orang yang telah tiada. Tajul yang juga adik kepada achik Spin menujukan lagu ini kepada arwah abangnya. Jadi tidak hairanlah isteri dan anak Achik menjadi pelakon muzik videonya yang cukup menyentuh hati itu.



(Kredit Gambar: Instagram @amiraaothman)

8) Jaga-Jaga
Amira Othman
Seorang lagi bekas peserta Akademi Fantasia yang berjaya mengembangkan kerjayanya dalam bidang pengacaraan, lakonan dan tentunya nyanyian. Amira Othman mula dikenali melalui single Hati-Hati. Namanya semakin melonjak naik setelah membintangi drama Abang Bomba I Love You disamping Hisyam Hamid. Malah lagu runut bunyi drama ini, Jaga-Jaga kerap menjadi siulan ramai.



Kredit Gambar: Instagram @irfannharis)

9) Redha
Irfan Harris
Adik kepada Amira Othman yang bakatnya dikesan melalui rancangan Ceria Popstar 2016 ini mula dikenali apabila menyanyikan lagu Redha, antara lagu yang digunakan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot.



(Kredit Gambar: Instagram @khaibahar94)

10) Bayang
Khai Bahar
Seorang penyanyi yang mula dikenali selepas nyanyian duetnya bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih melalui aplikasi Smule menjadi viral di media sosial. Lagu Bayang nyanyiannya juga turut mendapat perhatian netizen apabila telah mencapai lebih 8 juta tontonan di YouTube.



(Kredit Gambar: Instagram @aydajebat)

11) Pencuri Hati
Ayda Jebat
Lagu catchy nyanyian Ayda Jebat ini tidak dapat dinafikan punya kelompok peminat tersendiri. Lagu ini mempunyai elemen segar, menepati ciri yang ingin ditampilkan penyanyinya. Populariti Ayda sendiri pastinya menjadi penyumbang besar yang menaikkan lagu ini. Pendek kata semua yang ada pada Ayda Jebat ni, membuatkan para peminatnya jatuh cinta berkali-kali.



(Kredit Gambar: Instagram @shahilaamzah)

12) Selamanya Cinta
Shila Amzah & Alif Satar
Lagu dan lirik oleh Shila Amzah ini merupakan runut bunyi untuk drama Suri Hati Mr. Pilot. Lagu berentak catchy ini cukup terkenal seiring dengan populariti penyanyinya serta drama lakonan Neelofa dan Fattah Amin Itu. Buah tangan terbaharu Shila ini tentunya mengubat kerinduan peminat kepada artis yang membina nama di China ini. Tambahan pula, inilah gandingan pertama kali antara Shila Amzah dan Alif Satar di dalam lagu.



(Kredit Gambar: Instagram @dayangsayangkamu)

13) Lelaki Teragung
Dayang Nurfaizah
Siapa yang berani menidakkan kredibiliti Dayang Nurfaizah dalam membawakan lagu-lagu berentak balada berat yang memerlukan sepenuh penghayatan. Lagu ini merupakan runut bunyi drama 7 Hari Mencintaiku yang merupakan antara drama dengan tontonan tertinggi tahun ini!



(Kredit Gambar: Instagram @anuarzainnetwork)

14) Andainya Takdir
Anuar Zain
Setelah lama tidak muncul dengan lagu baru, Anuar Zain kembali dengan Andainya Takdir. Video muzik lagu ini menjadi viral kerana jalan ceritanya yang begitu meruntun jiwa. Lakonan Anuar sendiri bersama adik Aqish dan Sharifah Sakinah cukup terkesan di hati penonton.



(Kredit Gambar: Instagram @sakurabandmy)

15) Polaroid
Sakura Band
Kumpulan Sakura Band telah ditubuhkan sejak tahun 2012 namun nama mereka mula dikenali tahun ini. Lagu Pelarian yang menjadi runut bunyi drama Jika Itu Takdirku menjadi pencetus kepada populariti kumpulan yang dianggotai oleh lima anak muda terdiri daripada Mell, Aboy, Haniff, Ali dan Akai. Kemunculan Polaroid semakin mengangkat nama kumpulan ini, rentak lagu yang catchy itu cukup senang diingati. Tidak hairanlah lagu ini sering ke udara dan mendapat permintaan di radio.






16) Negaraku
Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir
Tidak banyak lagu patriotik yang dapat diterima, tidak seperti lagu yang dinyanyikan empat penyanyi berkaliber ini. Populariti dan kreativiti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir berjaya mengangkat lagu ini sehingga menjadi siulan ramai.



  



 
 
 
Comments



Back to top