Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

[TERKINI] Tan Sri SM Salim Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

Penghibur terkenal meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua

0
comments
[TERKINI] Tan Sri SM Salim Dilaporkan Telah Meninggal Dunia
Berita mengatakan penyanyi berusia 88 tahun itu sudah meninggal dunia yang menjadi viral di media sosial termasuk di WhatsApp adalah tidak benar.
Keadaan penyanyi veteran, Tan Sri SM Salim yang tenat sejak malam tadi masih bergantung pada alat bantuan penafasan dan beliau masih lagi hidup. Keadaan terkini penghibur terkenal itu dimaklumkan cucu saudaranya, Ellyna Ali menerusi kiriman mesej WhatsApp, hari ini.

Berita mengatakan penyanyi berusia 88 tahun itu sudah meninggal dunia yang menjadi viral di media sosial termasuk di WhatsApp adalah tidak benar. Sejak malam tadi, kediaman penyanyi itu dikunjungi ramai rakan artis yang datang menziarah.

Ellyna juga menyatakan keadaan datuk saudaranya itu sejak pagi tadi tidak berubah dan meminta orang ramai tidak mendengar spekulasi. Dalam pada itu, beberapa rakan persatuan hiburan iaitu Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut hadir menziarah penyanyi itu hari ini. 

[Terkini] Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros dilahirkan pada 30 Julai 1928 dilaporkan telah meninggal dunia jam 5.45 petang tadi akibat sakit tua. Beliau sebelum ini cukup terkenal dengan lagu Apa Dah Jadi dan sebuah lagu duet dengan Dato Siti Nurhaliza berjudul Pandang-Pandang Jeling-Jeling.

Jenazah akan dibawa ke masjid Kampung Baru jam 10.30 pagi esok untuk dimandi, kafan serta disembahyangkan. Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Ampang untuk dikebumikan sejurus selepas solat Jumaat.

Takziah daripada kami Rojak Daily Kaw buat keluarga Allahyarham.


 
 
 
Comments



Back to top