Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Gambar Akim Ahmad Punggah Pakaian Bundle Tarik Perhatian Netizen

Vokalis Akim & The Majistret ini tidak kisah membeli pakaian bundle.

0
comments
Gambar Akim Ahmad Punggah Pakaian Bundle Tarik Perhatian Netizen
Gambar: Facebook Akim Ahmad

Kalau dah namanya selebriti, mesti anda ingat dengan pendapatan lumayan setiap kali show, dapat bayaran ribu-ribu, mereka akan beli baju berjenama sahaja. Namun tidak semuanya hanya tertumpu pada jenama mahal. Ada juga selebriti kita yang masih gemarkan barangan bundle dan tidak kisah untuk membeli pakaian terpakai ini.

Gambar: Facebook Akim Ahmad

Hal ini tidak terkecuali berlaku pada penyanyi utama Akim & The Majistret, Akim Ahmad. Nampaknya Akim telah menghabiskan cutinya di kampung Stacy di Sabah. Dalam tengah bercuti tu, sempat lagi Akim mengunjungi sebuah kedai bundle di pekan Menggatal Sabah. Selesai membeli, Akim memuatnaik sekeping gambar bersama pengusaha bundle berkenaan dan memuji tindakan wanita itu yang begitu baik melayaninya.

Gambar tersebut telah menerima hampir 6,000 likes, 1,200 shares dan pelbagai komen positif dan negatif di Facebook. Ada beberapa komen negatif menyatakan status Akim sebagai selebriti membuatkan dia mendapat layanan yang baik.

Dan tidak kurang juga yang memuji Akim tetap memilih pakaian bundle walaupun popular dan mampu membeli pakaian berjenama mahal.

Pendapat kami, memang terbaik la Akim bantu promote kedai pakaian bundle kakak tersebut. Harap semakin murah rezeki kakak tu lepas ni. Kami juga penggemar pakaian bundle. Buat Akim, salute! Pendapat anda bagaimana?

Gambar: Facebook Akim Ahmad

Sumber: Facebook Akim Ahmad dan Sayang Sabah
 
 
Comments



Back to top