Rojak Daily Logo

FINAS Jadi 'Kapal' Bantu Filem Tempatan

0
comments
FINAS Jadi 'Kapal' Bantu Filem Tempatan
FINAS harus menjadi teraju dalam menaikkan lagi industri perfileman tanah air. (Gambar: mysc.org.my dan mynewshub)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sepatutnya lebih fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan atau R&D dalam memajukan industri perfileman tempatan ke arah pembangunan yang lebih komprehensif. Perkara itu dinyatakan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang turut berpandangan peranan FINAS sudah banyak tersasar daripada fungsi penubuhan asalnya.

Tambahnya, isu seperti memasarkan filem tempatan ke pasaran antarabangsa dan mempertingkatkan bakat tempatan untuk menembusi pasaran global perlu diberi perhatian penting.

”Program pembangunan bakat umpamanya boleh membawa mereka yang berbakat di sini ke pasaran antarabangsa berbanding kita sendiri lebih mementingkan artis luar diambil ke sini. Kini sampai masa FINAS menerajui ‘kapal’ yang diisi karya dan pengkarya tempatan untuk dibawa ke pasaran antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! hari ini.

FINAS | Rojak Daily
FINAS perlu memberi penekanan pada program pembangunan bakat tempatan. (Gambar: FINAS - Facebook)

Dalam pada itu, Ahmad Idham juga tampil membalas kenyataan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman menerusi laporan Astro Awani baru-baru ini mengatakan syarat penapisan filem tidak dijadikan alasan untuk menghasilkan filem konvensional. Ahmad Idham berpendapat FINAS khususnya Ketua Pengarah seharusnya membimbing penggiat industri dan bukan bersikap menuduh atau menyalahkan orang lain.

”Jika nampak sesuatu yang tidak betul di bawah, FINAS haruslah menjadi teraju untuk menaikkan lagi industri perfileman dan bukannya menyalahkan penggiat seni. Malah, bila masa pula penggiat seni salahkan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Perkara utama yang patut kita beri tumpuan ialah pasaran iaitu apa tugas FINAS dalam mengintai dan membuka pasaran baru. Selama ini FINAS pergi ke luar negara dan acara pasaran filem apakah hasilnya,” katanya.

 
 
Comments