Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tania Hudson Diserang Peminat, Nasihat Bertaubat Daripada Fitnah

Pelakon itu menjawab komen peminat #lofattah di media sosial.

0
comments
Tania Hudson Diserang Peminat, Nasihat Bertaubat Daripada Fitnah
Tania Hudson mahu sikap seperti budak-budak dalam kalangan peminat dihentikan. (Gambar: taniahudsonofficial - Instagram)
Selepas pengacara dan pelakon jelita, Neelofa tampil memberi kenyataan semalam mengenai hubungan cintanya dengan Fattah Amin terlerai kerana kehadiran orang ketiga, pelakon Tania Hudson pula menjadi mangsa serangan peminat di media sosial.

Menerusi akaun Instagram pelakon itu, taniahudsonofficial, dia menerima pelbagai komen daripada peminat antaranya meminta dia tidak mengambil jejaka yang menjadi rebutan itu, peminat bersimpati terhadap gosip yang melandanya termasuk ada yang menyatakan Tania lebih cantik daripada Neelofa.

Segelintir peminat Tania pula mengelarkan peminat Neelofa dan Fattah yang diberi 'hashtag' #lofattah bersikap terlalu taksub dengan kedua pelakon itu untuk kembali menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, Tania tidak hanya berdiam diri selepas dia menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah. Dia juga menjawab komen peminat di statusnya itu dengan menyatakan mahu sikap seperti budak-budak dalam kalangan peminat dihentikan sambil menegur peminat lebih beradab dan berakhlak terhadap kehidupan orang lain.

Tambahnya, dia menasihatkan peminat lebih takutkan pada Tuhan sahaja tanpa menjadikan selebriti sebagai idola seperti Tuhan. Dia mahu peminat memperbaiki amalan dan ibadah masing-masing serta bertaubat daripada melakukan fitnah.
 
 
Comments



Back to top