Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Amy Mastura Mahu Peminat Positif Menerusi Kalimah

Penyanyi ini muncul dengan 'single' terbaru yang menggambarkan jiwanya kini.

0
comments
Amy Mastura Mahu Peminat Positif Menerusi Kalimah
Amy Mastura sangat berpuas hati dengan hasil 'single' terbarunya ini.
Melihat raut wajah dan susuk tubuhnya seolah membayangkan penyanyi Amy Mastura tidak dimamah usia. Sehingga kini, lagu "Jawapan Kasih, Meniti Hari" dan "Diam Diam Rindu" antara lagu popular yang terus diminati ramai peminatnya. 

Masih terus berjuang dalam industri muzik tanah air, Amy kembali dengan 'single' terbaru, "Kalimah" yang membawa genre balada. Jelasnya, maksud lagu ini menggalakkan peminatnya menyebut ayat-ayat positif untuk memberikan impak yang baik dalam kehidupan.

Bagi Amy sendiri, dia sangat berpuas hati dengan hasil lagu ini yang menggambarkan jiwanya kini yang disifatkan ringkas tetapi membawa maksud mendalam sambil berharap ia memberi kesan pada peminat yang mendengarnya.



 
 
 
Comments



Back to top