Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Neelofa Beri Penjelasan Orang Ketiga

Pengacara jelita itu berasa kecewa dengan berita kehadiran orang ketiga itu.

0
comments
Neelofa Beri Penjelasan Orang Ketiga
Teka teki mengenai hubungan cinta antara dua pelakon popular, Neelofa dengan Fattah Amin terjawab apabila pengacara jelita itu tampil memberi penjelasan wujud kehadiran orang ketiga yang didakwa menjadi punca hubungan pasangan selebriti itu berdepan masalah.

Neelofa menjelaskan dia kecewa selepas mengetahui berita itu dan tidak mahu komen lanjut, seperti dilaporkan Mstar. Tambahnya, tidak adil jika hanya dia yang memberi penjelasan tanpa Fattah dan orang ketiga tersebut sambil berharap ia tidak menimbulkan salah faham dan memburukkan keadaan.

Difahamkan, wanita ketiga itu juga seorang artis berdarah campuran. Pelakon drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot itu tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut yang boleh menganggu fokus kerjanya.

Sebelum ini, Neelofa pernah mengakui dalam status di akaun Instagram miliknya, dia berasa trauma selepas orang lain bertindak menghakimi hubungannya dengan Fattah di media sosial sehingga dia juga menjadi marah dan sedih. (Baca lagi: Neelofa Trauma, Marah, Sedih Susulan Hubungan 'Cinta' Bersama Fattah Amin
 
 
Comments