Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Atikah Suhaime, Aiman Tino, Syatilla Melvin, Suri Hati Mr. Pilot, Antara Carian Tertinggi di Google Malaysia

Kontroversi dan populariti meletakkan mereka di carian Google tertinggi 2016.

0
comments
Atikah Suhaime, Aiman Tino, Syatilla Melvin, Suri Hati Mr. Pilot, Antara Carian Tertinggi di Google Malaysia
Atikah Suhaime menjadi artis yang paling dicari di Google Malaysia. (Kredit Gambar: Instagram)

Pelakon yang dilanda kontroversi gambar panas, Atikah Suhaime, menjadi personaliti kedua yang paling banyak dicari pengguna Malaysia di Google sepanjang tahun ini.

kontroversi yang melanda Atikah Suhaime menjadikan beliau nombor dua paling popular dalam carian Google (Kredit Gambar: Instagram)

Sekali gus, aktres berusia 25 tahun itu menewaskan bintang Korea, Song Joong-ki dan berada di belakang bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk  menduduki carta teratas 10 Personaliti Paling Popular dalam carian enjin itu di sini.

Melihat senarai itu kembali, penyanyi baharu yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino berada di tangga ke empat selepas pelakon seksi, The Wolf of Wall Street dan Suicide Squad, Margot Robbie.

Penyanyi remaja Aiman Tino berada di kedudukan yang keempat (Kredit Gambar: Instagram)

Isteri aktor popular, Syatilla Melvin pula di tangga ke enam dan menariknya, kedudukan ke tujuh menyenaraikan wanita yang terbabit dalam kes pukul bernama Nadia Nordin.

Nama itu lebih banyak dicari berbanding penceramah terkenal, Zakir Naik mahu pun pemain badminton China, Lin Dan atau calon Demokrat yang menentang Trump, Hillary Clinton.

Isteri Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, turut tersenarai dalam personaliti yang dicari di carian Google (Kredit Gambar: Instagram)

Penceramah sensasi Zakir Naik di belakang Syatilla Melvin dan Nadia Nordin tetapi lebih banyak dicari berbanding pemain badminton Lin Dan dan calon Demokrat, Hillary Clinton.

Sementara itu, drama berantai Suri Hati Mr Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin paling trending sebagai nombor satu di enjin carian Google Malaysia untuk tempoh sama.

Suri Hati Mr. Pilot trending nombor satu di carian Google sepanjang 2016 (Kredit Gambar: Instagram)

Menyusul selepas itu adalah pesaing terdekatnya yang lebih dulu diperkatakan ramai selepas siaran sekitar Mei lalu, Dia Semanis Honey gandingan mantap Alif Satar bersama Siti Nordiana.

Populariti Siti Nordiana turut melonjakkan cerita Dia Semanis Honey (Kredit Gambar: Instagram)

Antara 10 drama Melayu paling popular lain yang berada dalam Google Malaysia bersandarkan carian sepanjang 2016 adalah Isteri Vs Tunang, Awak Sangat Nakal serta Suami Tanpa Cinta.

Lakonan Ayda Jebat sentiasa menjadi ikutan peminat dan melonjakkan drama lakonan beliau (Kredit Gambar: Instagram)

Satu lagi penerbitan yang menjadi fenomena kini adalah 7 Hari Mencintaiku malah walaupun baharu menemui penonton, ia mampu meninggalkan yang lain bagi  menduduki tempat ke sembilan.

Walaupun masih baru ditayangkan, drama rangkaian 7 Hari Mencintaiku sering menjadi carian di Google oleh para peminat (Kredit Gambar: tonton)

Carian lain yang menjadi tumpuan pengguna internet seperti Euro 2016, Pokemon Go, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), SAPS Ibu Bapa serta  Olympic Games Rio 2016.

 
 
Comments



Back to top