Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Running Man Bakal Berakhir Januari 2017?

Seorang demi seorang ahli menarik diri tetapi sehingga kini kru produksi bermain tarik tali.

0
comments
Running Man Bakal Berakhir Januari 2017?
Kemelut Running Man (Kredit Gambar: Instagram @sbs_runningman_sbs)
Berita penarikan diri Gary daripada rancangan terkenal Running Man pada Oktober lalu demi memberi fokus kepada kerjaya utamanya sebagai pemuzik sudah cukup meremukkan hati peminat rancangan berbentuk gameshow antara yang paling lama dari Korea ini. Tujuh tahun bukan tempoh masa singkat untuk membuatkan hati terpaut erat. Hati peminat remuk umpama dikisar lumat dengan berita penyingkiran Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang dikatakan atas kehendak produksi yang ingin melakukan perubahan pada format rancangan itu.
 
Gary (Kredit Gambar: Instagram @sbs_runningman_sbs)
Segalanya bermula dengan kejatuhan rating rancangan ini sejak kebelakangan ini seperti yang dilaporkan All Kpop. Trend menurun ini menyebabkan produksi mencari alternatif untuk memberi nafas baru kepada rancangan ini. Antaranya, menukar  beberapa ahli Running Man kepada muka baru. Berita ini cukup menyemarakkan api kemarahan peminat rancangan ini lebih-lebih lagi apabila mengetahui kedua artis ini dibuang oleh produksi tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka. Menurut berita yang dipetik sbs, Kim diberitakan tentang penyingkiran ini melalui panggilan telefon sedangkan Song hanya mengetahuinya melalui berita. 

Dua anggota yang dibuang Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook (Kredit Gambar: Instagram @sbs_runningman_sbs)
Setakat ini tiga anggota asal yang masih kekal dalam rancangan berusia 7 tahun yang mula bersiaran pada Julai 2010 ini ialah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha dan Lee Kwang Soo.

(Kredit Gambar: Instagram @sbs_runningman_sbs)
Kang Ho Dong, antara selebriti yang namanya disebut-sebut bakal menganggotai rancangan ini. Namun agensi pengurusan Kang memaklumkan Kang menolak tawaran ini kerana kontroversi yang melanda.
 
(Kredit Gambar: Twitter)
SBS telah mengeluarkan pengumuman rasmi tentang pengakhiran rancangan ini pada Januari 2017 di akaun twitter mereka namun menukarnya kepada status masih mengadakan perbincangan tentang arah tuju rancangan ini. Namun rata-rata peminat rancangan ini lebih bersetuju rancangan ini ditamatkan daripada melihat wajah-wajah baru menggantikan ahli asal.
 
 
 
Comments



Back to top