Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Teka-Teki Tentang Kehamilan Sharifah Sakinah Terjawab Sudah

Tayang baby bump, Sakinah sah hamil.

0
comments
Teka-Teki Tentang Kehamilan Sharifah Sakinah Terjawab Sudah
(Kredit Gambar: Instagram Sakinah @sharifah_sakinah)
Akhirnya teka-teki tentang kehamilan pelakon ini terjawab apabila Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, memuat naik gambar baby bump ketika meluangkan masa bersama rakan-rakannya.
 
Gambar baby bump Sakinah. (Kredit Gambar: Instagram Sakinah @sharifah_sakinah)
Sakinah cukup sinonim dengan watak komedi dan rejim kecergasan serta senamannya telah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha hampir dua tahun, sejak 28 Mac 2015.
 
Momen bahagia.(Kredit Gambar: Instagram Sakinah @sharifah_sakinah)
Sebelum ini terlalu banyak desas desus tentang kehamilan adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira ini diperkatakan netizen. Sakinah lebih mengambil pendekatan berdiam diri. Berdasarkan status yang dimuat naik Shahira pada Oktober lalu tentang kehamilan adiknya yang kemudian disangkal oleh Sakinah, kami menjangkakan usia kandungannya kini memasuki bulan ketiga.

 
Status yang dimuat naik Shahira di instagram miliknya.(Kredit Gambar: Instagram Sharifah Shahira @shieraijoy)
Terdahulu, Sakinah pernah mengalami keguguran pada April 2016 yang lalu. Tentunya untuk kehamilan ini, banyak tips yang telah dikongsi Shahirah kepada adiknya. Tahniah daripada kami!
 
 
Comments



Back to top