Rojak Daily Logo

Lagu Esok Nak Raya! Versi Tomas Ford Memang Layan!

0
comments
Lagu Esok Nak Raya! Versi Tomas Ford Memang Layan!

Semakin menghampiri Syawal, lagu raya kerap berkumandang di radio. Antara lagu raya versi baru dan lama, ramai memilih lagu lama sebab melodi serta lirik yang lebih menghiburkan.

Namun, lain pula cerita lagu raya ciptaan seorang warga Australia bernama Tomas Ford yang belajar memahami dan bertutur bahasa Malaysia. Dia memuat naik satu muzik video mengenai lagu raya ciptaan sendiri diberi judul Esok Nak Raya!.

Dalam muzik video yang dimuat naik di Facebook, kelmarin, dia turut mengucapkan selamat hari raya dan memberitahu lagu kali ini dihasilkan selepas lagu Kerja dengan kerjasama Ze Rebelle.

Tambahnya, dia yakin sebutannya dalam bahasa Malaysia agak teruk sama seperti masakannya tetapi berharap lagu itu dapat menghiburkan mereka yang menonton. Dia juga mengakui masih belajar mengenali sifat Melayu dalam diri sendiri dan merancang untuk membuat persembahan pada tahun ini.

Dalam muzik video itu yang menggunakan melodi lagu popular, I Gotta Feeling nyanyian Black Eyed Peas, Ford yang berada di dapur kelihatan bersemangat menyambut Aidilfitri sambil mengajak rakan ke rumahnya untuk nyanyi bersama. Sehingga kini muzik video itu ditonton 100,000 kali.

 
 
Comments