Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Bukannya Hendak Merai Kemenangan, Tetapi Teruk Dikecam Netizen Atas Kiriman Ucapan Terima Kasihnya Yang Dikatakan Khas Buat Bangsa Johor

Harith akui tidak mampu memuaskan hati setiap orang.

0
comments
Bukannya Hendak Merai Kemenangan, Tetapi Teruk Dikecam Netizen Atas Kiriman Ucapan Terima Kasihnya Yang Dikatakan Khas Buat Bangsa Johor
(Kredit Gambar: Instagram Harith Iskander @harithiskander)
Sabtu lalu merupakan detik paling membanggakan buat pelawak dan pengacara Harith Iskander setelah dinobat sebagai individu paling kelakar di dunia dalam pertandingan 'The Funniest Person in the World' oleh Laugh Factory. Harith, pelawak terkenal yang hampir 26 tahun terlibat dalam bidang komedi gemar mengangkat isu perpaduan, isu semasa yang dikupas dengan caranya yang tersendiri. Harith berjaya mengalahkan empat pesaingnya di pentas akhir iaitu Alex Calleja (Filipina) sebagai naib johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel). Berita tentang kemenangan ini boleh anda baca di sini.

I was officially named @laughfactoryhw Funniest Person in the World (FPTW) by Jamie Masada (Founder of Laugh Factory) - seen here on my right. I was especially proud to carry our national flag and, although it's nowhere CLOSE to an athletic achievement, I felt somewhat like a gold medal winner. Also with me are L-R, @ismo_comedian (Finland) FPITW 2014 @alexcalleja1007 (Philippines) 1st Runner up and @katerinavrana (Greece) 2nd Runner Up. ........ (Kredit Gambar: Instagram Harith Iskander @harithiskander)

Kejayaan Harith dalam pertandingan dwi-tahunan di Finland anjuran francais komedi terbesar di Amerika Syarikat itu sekali gus membuka mata dunia akan kemampuan komedi Malaysia.
Namun dalam sibuk meraikan kemengan itu, ada juga peminat yang kurang berpuas hati dengan cara Harith mengucapkan terima kasih. Harith menerima kecaman hebat apabila dikatakan melebihkan bangsa  johor dalam ucapannya melalui akaun instagram.
I'm born in Johor, my dad was Johorean. My late Mum's (coming from England) first taste of Malaysia back in year 1962 was living in JB where orang Johor was so helpful and accepting of her. her first Raya was in Muar. I may have grown up in KL but roots will always be roots. Not only from Malaysia and the rest of the world, I had a lot of support from my friends of Bangsa Johor for the competition so to my fans from Johor I say - Terima Kasih. This hoodie given to me as a gift by the Crown Prince Of Johor (fondly known as TMJ) kept me warm in Helsinki - but I look forward to coming back and hitting my favourite stall for a bowl of Johor Laksa! #luaskankuasamu #johor #tmj(Kredit Gambar: Instagram Harith Iskander @harithiskander)
 
Harith dalam maklum balasnya di instagram milik beliau menjelaskan kiriman itu ditujukan buat rakan-rakan blogger dan komuniti online serta seluruh peminat dari Johor yang telah menjadi tulang belakang utama kejayaannya dalam pertandingan itu, ditambah pula dirinya anak kelahiran negeri selatan itu. Namun, dia turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia dalam beberapa siri kiriman yang lain.

Saya tak boleh kawal persepsi orang, apa yang saya boleh buat, adalah pastikan niat saya positif.Saya ingin mengunakan stand up comedy untuk menyatukan orang, dan KALAULAH saya terpecahbelahkan kita pulak, saya minta maaf banyak banyak. Komedi stand-up saya sentiasa tentang menguatkan hubungan antara kita melalui gelak ketawa dan saya akan teruskan buat sehabis baik. -Harith Iskander

 
 
Comments