Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Itu Bukan Gambar Ultrasound Bayi!" - Wan Sharmila

Bernikah pun belum, macam mana nak hamil.

0
comments
Sedih bila ramai yang buat spekulasi yang bukan-bukan (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Pelakon Wan Sharmila menafikan dakwaan dia berkahwin secara rahsia selepas memuat naik gambar imbasan ultrabunyi bayi pada Selasa lalu. 

Wan Sharmila atau mesra dengan panggilan Lala berkata, gambar yang dimuat naik itu bukan imbasan ultrabunyi sebaliknya laporan keadaan kesihatannya yang semakin pulih selepas empat tahun mengidap sejenis penyakit yang enggan dikongsi dengan khalayak. 

“Bernikah pun belum macam mana nak hamil. Saya terkejut apabila ada pengikut mengatakan saya berkahwin lari dan hamil.

Nak kongsi kegembiraan, lain pula jadinya (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Sebenarnya gambar yang dimuat naik itu adalah laporan kesihatan. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila menerima perkhabaran baik daripada doktor tetapi lain pula jadinya,” katanya.

Menurut Lala, berikutan ramai membuat spekulasi bukan-bukan dia terpaksa memadamkan gambar terbabit. 

“Saya tak sangka pengikut akan berfikir sejauh ini. Saya ingat mereka tahu penyakit saya selepas melihat gambar laporan perubatan itu. 

“Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham, saya memadam gambar itu.  Bagi saya, hamil sebelum bernikah adalah isu sensitif di Malaysia dan saya tidak mahu ambil risiko,” katanya.

 
 
Comments