Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pelakon Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

Dibebaskan dengan pengawasan polis selama dua tahun.

0
comments
Pelakon Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati
Gambar: Mstar
Pelakon Aidil Aziz yang telah ditahan untuk siasatan selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 semalam.

Pemilik nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28, telah ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, di sebuah kediaman di Jalan Ampang September lalu. Mereka telah didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Aidil dan dua rakannya ketika ditahan (Gambar: NST)
Memetik laporan Astro Gempak, Aidil akan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun. Menurut pengurusnya yang juga merupakan sepupu Aidil, ibu Aidil menangis kegembiraan apabila keputusan mahkamah dibacakan.

Menerusi Media Hiburan, pengurus Aidil turut memberitahu Aidil akan berehat bersama dengan keluarganya dahulu untuk menenangkan fikiran. Peminat Aidil juga melahirkan rasa bersyukur dan lega apabila pelakon kesayangan mereka ini terlepas dari tali gantung.
 
 
Comments



Back to top