CLOSE
CLOSE

Estranged Bikin Konsert Di Kilang Bateri, Johor

Sebanyak 1,500 tiket akan dijual pada harga RM25.


  • Share:

Estranged Bikin Konsert Di Kilang Bateri, Johor
Buat semua peminat kumpulan Estranged, ini berita baik untuk anda! Estranged bakal mengadakan konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1. dan Selatan tanahair menjadi destinasi pertama mereka.
 
Bertempat di salah satu lokasi paling happening di Johor Bahru iaitu Kilang Bateri, kumpulan yang terdiri daripada 3 anak muda, Rich, Din dan Hanafi ini akan diadakan pada 3 Februari 2017 bermula jam 8.30 malam. Sebanyak 1,500 tiket akan dijual pada harga RM25.


 
Dengan pelbagai lagu yang menjadi hit pilihan ramai, lagu yang bakal dipersembahkan datang dari album perdana mereka, In Hating Memory sehingga Sepenuhnya Vol. 1.
 
Aurora, Itu Kamu atau Hancur Aku pasti menjadi halwa telinga peminat yang bakal didendangkan secara live, adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.
 
Menjadikan konsert sebagai platform terbaik, inilah masanya mereka memperbaiki kredibiliti selain menjadikan konsert sebagai medan menyampaikan karya pada peminat. Bagi mereka, persembahan yang dipamerkan dalam bentuk ‘live’ adalah satu rutin seni yang tidak pernah akan mati dalam jiwa pemuzik seperti mereka.
 
Berpengalaman hampir 10 tahun melalui penat lelah dalam industri muzik Malaysia, Estranged menyifatkan perjalanan yang dilalui menjelang tahun 2017 adalah satu revolusi muzik dan prinsip kumpulan tersebut yang semakin matang.
 
Bagi Rich sendiri, “walaupun berdepan dengan banyak cabaran termasuk dari segi kemurungan pasaran muzik tempatan, namun Estranged belum mengalah. Kami percaya dengan kekuatan karya dan semangat yang tidak pernah putus daripada Estranged dan peminat-peminat, mudah-mudahan kami akan dapat terus terbang tinggi”.
 
"Besar harapan kami agar konsert ini mencapai sukses dan menjadi pemula yang baik untuk Estranged melakukan lebih banyak persembahan dalam skala besar pada masa akan datang," jelas Rich lagi mengenai konsert yang menerima tajaan daripada Power Root dan Drum Asia.
 
Turut serta memanaskan panggung ialah Velvet yang akan menawan peminat dengan gemersik vokalnya.
 
Tiket sudah boleh dibeli secara online menerusi www.estrangedtour.com

Nah, kami belanja anda single terbaharu dari Estranged, Seperti Yang Dinantikan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top