Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Video Cucu Buli Nenek Cetus Viral

Video buli ini turut mendapat perhatian aktres Fasha Sandha.

0
comments
Video Cucu Buli Nenek Cetus Viral
Gambar: Adam Shamil
Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan kisah seorang YouTuber yang berasal dari Sabah, Adam Shamil, yang viral dengan video-video 'Get it Right', kini nama Adam sekali lagi mencetuskan perbualan netizen apabila dia menyiarkan video dia 'membuli' neneknya sendiri.


Tapi tidak buli seperti yang anda sangka, rupanya nenek Adam pun sama naik, sama kelakar macam Adam. Nenek kesayangan Adam, Rose Cheam, 74 tahun, begitu sporting melayan karenah cucunya.

Dengan video pertamanya mencecah hampir setengah juta tontonan dan 9,285 perkongsian di internet, Adam kembali untuk video kedua dia membuli neneknya yang telah mendapat hampir 111 ribu tontonan dalam masa empat hari sahaja. Nampaknya cik Rose lagi famous dari cucunya sendiri.

Berdarah campuran Kadazan dan Cina, Adam merupakan cucu kesayangan neneknya. Menurut Adam, “Nenek tinggal dengan kami sejak saya kecil. Malah dia juga yang menjaga saya sejak lahir. Jadi kami memang rapat malah dalam semua cucunya, saya paling rapat”.

Sepanjang Adam bergelar YouTuber dan menghasilkan video-videonya sendiri, neneklah yang sentiasa menyokong Adam dari belakang. “Bila tengok nenek yang comel ni, jangan tak tau dia juga boleh jadi sangat serius. Tapi dia selalu buat saya ketawa tanpa perlu mencuba. Agaknya sikap kelakar serius ni mungkin dapat dari nenek”, tambah Adam lagi.


Tidak pernah terlintas niat untuk ‘membuli’ neneknya, idea tersebut tercetus sewaktu dia sedang memikirkan topik untuk video seterusnya. “Secara spontan je idea tu datang nak ‘buli’ nenek, itu salah satu cara saya tunjukkan kasih sayang”, jelas Adam lagi.
 
Jika dilihat dari video Adam, jelas kelihatan nenek Adam yang sememangnya mempunyai perwatakan yang lucu dan juga pemalu. Kata Adam lagi “Jadi kalau anda semua tengok video saya, banyak kali nenek saya cakap ‘cukup’ atau perkataan kegemarannya, ‘lakas’ yang bermaksud cepat. Tapi nenek peramah orangnya”.


Viral atau tidak video Adam membuli neneknya ini, sehingga aktres Fasha Sandha turut berkesempatan bertemu Adam dan melahirkan rasa terujanya. Anda sentiasa boleh menonton Adam Shamil dan video-video viralnya di saluran Youtube AdamShamil atau di laman sosialnya, AdamShamil.
 
 

 

 

 
 
Comments