Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Dapat Nyanyi Lagu Sendiri Di Konsert Akhir Adalah Kebanggaan" - Ameng Spring

Bourgenvilla dan Romantis adalah lagu terbaik.

0
comments
Gambar: Rojak Daily
Namanya disebut di konsert kelima Gegar Vaganza (GV) 3 antara yang patut tersingkir berikutan kegagalannya memberikan persembahan terbaik, sebaliknya seorang lagi peserta, Shidi (Data), yang menerima markah terendah sekali gus menjadi artis keempat terkeluar daripada program itu. Namun atas namanya rezeki, dia masih lagi berdiri melangkah ke konsert akhir dan tambah senang, diberikan dua lagu sendiri, Bourgenvilla dan Romantis untuk dipersembahkan. 

Kami sempat bertanya pada Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, satu benda yang berputar di kepala setelah melihat lagunya ada pada skrin 'Ada Lagu Ada Lagi', "saya ingatkan lagu tu mereka nak bagi pada Gmie (Screen). Tapi saya yang dapat. Apa-apa pun, saya sangat gembira, bangga dan mahu bergelar juara".

Gambar: Astro Gempak
Namun bagi Ameng sendiri, "saya tidak tahu akan diberikan tugasan menyanyikan lagu sendiri. Tapi bila gambar saya yang keluar pada lagu tersebut, saya bersyukur. Ini memberikan saya kerja yang agak senang dan saya bangga kerana lagu saya dipilih untuk berkemundang di konsert akhir". 

Tetapi seperti yang kita sedia maklum, Ketua Juri, Datuk Ramli MS ada menjelaskan beberapa kemungkinan yang akan berlaku jika peserta membawakan lagu sendiri antaranya tiada markah penuh untuk penghafalan lirik.

"Saya tidak mahu dengar cakap orang yang menyatakan markah saya akan kurang bila nyanyi lagu sendiri. Ada yang suruh saya tukar lagu, keluarga saya pun takut saya kalah dengan kenyataan yang diberikan Tok Ram berkenaan peserta yang menyanyikan lagu sendiri. Namun, ada peminat dan penyokong saya yang memang mahu saya nyanyi lagu sendiri di konsert akhir. Seolah-olah mereka rindu nak dengar saya nyanyi lagu Bourgenvilla dan Romantis secara live. Jadi, saya ikut pendapat yang positif, saya akan terus menyanyikan lagu sendiri Ahad ini", ujar Ameng.

Ternyata bangga dapat menyanyikan lagu sendiri di konsert akhir nanti, "Saya percaya lagu-lagu Spring banyak yang popular dan dua lagu ini adalah yang terbaik", jelasnya lagi.

Menurut Ameng Spring, bertanding di GV3 umpama membuka semula lembaran baru. Peluang memasuki GV3 dirasakan amat berbaloi dan bergelar artis yang bertanding di GV musim ketiga amat membanggakan. “Apa yang saya tahu sekarang, ramai artis-artis sedang giat berlatih nak masuk GV. Ada yang menjadikan pertunjukan persembahan sebagai latihan. Ramai teman saya seperti Isa Gravity dan Afie Utopia, Salwa Abdul Razak, Rohana Jalil beritahu nak mencuba nasib. Ada juga barisan artis lima bintang yang dah bersedia nak masuk GV. Jadi pada saya ini satu platform yang sangat bagus, terkini, ada pengikut yang sangat ramai sekaligus kita perolehi ilmu yang berguna. Masuk ke pertandingan bukan bermakna anda downgrade diri anda, tetapi bagi artis di Malaysia, GV ni umpama program wajib masuk”.

Gambar: myinfotaip
Seorang lagi peserta lelaki yang sepatutnya telah terkeluar di konsert suku akhir namun diberikan imuniti oleh Dato Sri Vida, Gmie (Screen) juga membayangkan tempatnya di pentas GV sebagai mimpi. Sejujurnya dia mengaku hanya mampu bertahan hingga di minggu kedua sahaja, melangkah ke konsert akhir adalah sesuatu yang diluar jangkaan. “Ramai artis patut cuba masuk GV. Antara kenalan saya yang memang saya sarankan untuk masuk adalah Poey Sting, Tia Jinbara, Nizam EYE, Zack Budak Kacamata dan ramai lagi. Semua berkemampuan untuk menyanyi lagi dan harus masuk ke GV. Platform GV ini tidak sama sekali menjatuhkan malah ia sesatu yang sihat dan mengembalikan peluang mereka ke dalam industri hiburan. Rancangan ini ternyata menguji kemampuan setiap peserta untuk menerima cabaran apa jua jenis lagu. Jadi kalau diberi peluang masuk, masuklah. Saya sendiri tidak menyangka diterima ramai sehingga melangkah ke akhir jadi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dalam GV”.


Peserta Gegar Vaganza 4 pilihan Rojak Daily

1) Liza Hanim




2) Aris Ariwatan



3) Elyana



4) Zamani Slam



5) Rozita Izlyn



6) Rahim Maarof



7) Safura



8) Elly AXL



9) Deja Moss



10) Asheed Def Gab C



11) Hairie Kool



12) Maya Matahari

 
 
Comments



Back to top