Rojak Daily Logo

Chickaboo Ganti 'Paul' Sotong Kurita Ramal Juara Euro 2016

0
comments
Chickaboo Ganti 'Paul' Sotong Kurita Ramal Juara Euro 2016

Gelagat seekor burung unta berlari di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur dalam satu kejadian berlaku pada 16 Jun lalu nyata menarik perhatian ramai.

Aksi burung unta itu menjadi viral selepas ia dirakam pengguna jalan raya yang berada di situ yang kemudian memuat naik video itu ke Facebook.

Namun, cerita burung unta itu tidak habis di situ tetapi ia menjadi 'subjek' tarikan beberapa syarikat jualan dan perkhidmatan seperti Lazada, Domino’s Pizza, Coop2U, Nissan, Carlist.my termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terbaru, burung unta popular itu yang dikenali Chickaboo menjadi tetamu program bual bicara, Obviously Harith Iskander. Menariknya, Chickaboo yang di undang ke studio program itu diminta Harith sebagai pengacara memilih pasukan yang akan menjuarai kejohanan bola sepak, Euro 2016 yang sedang berlangsung.

Jangan terkejut apabila Chickaboo memilih Itali sebagai juara. Nampaknya, Chickaboo mengingatkan orang ramai pada aksi sotong kurita, Paul yang meramal Piala Dunia 2010 suatu ketika dulu.

 
 
Comments