Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Jangan Bandingkan Gaun Saya Dan Gaun Amyra" - Anzalna

Masing-masing ada keunikan yang tersendiri dan mengikut citarasa masing-masing.

0
comments
Anzalna tidak mahu ada sebarang perbandingan (Kredit Gambar: Z. Nadzri)
Pelakon Anzalna Nasir tidak mahu gaun perkahwinannya terus dibandingkan dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli baru-baru ini.
 
Menurut Anzalna, gaun rekaan Cosry itu mempunyai keunikan tersendiri begitu juga dengan gaun Amyra rekaan Rizman Ruzaini.
 
“Setiap artis mempunyai pereka pilihan masing-masing dan mereka memberikan sentuhan terbaik mengikut cita rasa artis. Bagi saya, tidak patut  mana-mana pihak membuat perbandingan.
 
Rasa kecewa kerana perkara peribadi sebegitu juga dibuat perbandingan (Kredit Gambar: Z. Nadzri)
“Lagipun perkahwinan ini sekali dalam seumur hidup dan sudah tentu saat bahagia itu mahu dikenang selamanya. Saya percaya jika ia terus berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan orang kecewa. 

“Saya sendiri tidak dapat membayangkan perasaan jika baju saya tidak menjadi pilihan,” katanya kepada Rojak Daily Kaw! 

Terdahulu, beberapa blog dan pengguna laman sosial membuat perbandingan terhadap gaun perkahwinan yang digayakan  Anzalna dan Amyra sehingga mencetuskan rasa kurang senang peminat masing-masing.
 
Gaun perkahwinan Amyra Rosli yang dibandingkan netizen dengan gaun perkahwinan Anzalna. (Kredit Gambar: Manggis.tv dan Greenaple Photography)
Sementara itu, Amyra ketika dihubungi berkata, dia tidak terkesan dengan perbandingan itu malah berasa bangga apabila gaun perkahwinannya disebut-sebut antara yang terbaik. 

“Jujurnya saya bangga dengan sentuhan Rizman Ruzaini sehingga gaun ini menjadi sebutan netizen.
 
“Selagi perbandingan itu bukan sesuatu yang buruk saya okey kerana pilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan mereka yang melihat," katanya yang berangkat ke Tokyo, Jepun, semalam untuk berbulan madu selama seminggu.
 
 
Comments



Back to top