Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Wan Maimunah Menitis Air Mata Terima Sumbangan SENIMAN

Pelakon veteran itu kini dirawat di Hospital Jasin.

0
comments
Wan Maimunah Menitis Air Mata Terima Sumbangan SENIMAN
Pelakon veteran berusia 62 tahun ini mengidap penyakit bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. (Gambar: Zack Koolg - Facebook)
Beberapa keping gambar yang dimuat naik wakil Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zack Kool menerusi Facebook mengenai keadaan terkini pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz menarik perhatian ramai peminat, semalam.

Dalam status itu, Zack yang juga Timbalan Presiden SENIMAN menyatakan keadaan pelakon itu kini dirawat di Hospital Jasin, Melaka di wad 2A kerana mengidap penyakit bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Zack bersama pelakon Zuraini Kassim selaku Pengerusi Biro Pendidikan dan Penajaan SENIMAN menziarah Wan Maimunah sebelum menyampaikan sumbangan daripada pihak persatuan itu.

Pelakon popular berusia 62 tahun itu yang banyak membintangi pelbagai drama kelihatan terharu sehingga menitiskan air mata ketika menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan Zack. Wakil persatuan itu juga menyatakan Wan Maimunah mengucapkan terima kasih pada rakan dan peminat yang menziarah dan mendoakan kesihatannya.
 
 
Comments



Back to top