Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Zee Avi Anggap Luar Biasa Ola Bola Menang Golden Horse Awards

Lagu tema filem itu, Arena Cahaya meraih Anugerah Lagu Filem Asal Terbaik.

0
comments
Zee Avi Anggap Luar Biasa Ola Bola Menang Golden Horse Awards
Lagu tema filem Ola Bola, "Arena Cahaya" mengulangi kejayaan sama pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung pada awal September lalu. (Gambar: Astro)
Selepas meraih anugerah Lagu Tema Asal Terbaik menerusi "Arena Cahaya" pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung pada awal September lalu, lagu tema filem Ola Bola itu sekali lagi mencatat kejayaan manis di Taipei, kelmarin.

Lagu nyanyian Zee Avi dan komposer, Rendra Zawawi itu menang anugerah Lagu Filem Asal Terbaik pada acara Festival Filem Golden Horse Awards ke-53. Kedua karyawan seni ini menerima anugerah tersebut di atas pentas bersama pengarah filem itu, Chiu Keng Guan dan pemain gitar, Alvin Wee.

Zee Avi selepas menerima anugerah tersebut mengakui terkejut kerana menyangka dia hadir sebagai jemputan untuk mengadakan persembahan. Dia menyatakan penghargaan pada pengarah filem itu atas peluang terbabit dalam projek filem Ola Bola yang dianggap suatu yang luar biasa.

Zee Avi menyangka kehadirannya ke Festival Filem Golden Horse Awards ke-53 hanya mengadakan persembahan sebelum diumumkan sebagai pemenang. (Gambar: Astro)


Tambahnya seperti dilaporkan Astro Awani, projek lagu ini adalah menakjubkan kerana filem tersebut membawa tema perpaduan, kepelbagaian dan keharmonian yang mengingatkan semua masyarakat adalah sama.

Kemenangan lagu Arena Cahaya mengalahkan saingan lain iaitu "It’s Cold Without Your Love" dari filem Big Fish & Begonia, "Sawadika" (Detective Chinatown), "Love without Words" (Lokah Laqi!) dan "It's not a crime" (Soulmate).  

Zee Avi berkongsi kegembiraan bersama pengarah filem Ola Bola, Chiu Keng Guan ketika hadir ke Festival Filem Golden Horse Awards ke-53 di Taipei, kelmarin. (Gambar: Astro)
 
 
 
Comments



Back to top