Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Achey Bocey Mengaku Salah Menyanyi Smule Sambil Memandu

Tindakan pelawak itu membahayakan pengguna jalan raya lain.

0
comments
Achey Bocey Mengaku Salah Menyanyi Smule Sambil Memandu
Aksi Achey menyanyi menerusi Smule bersama seorang wanita bernama Rozy menjadi viral di media sosial sehingga meraih 660,438 pengunjung. (Gambar: acheykintangkintung - Instagram)
Pelawak terkenal, Achey dikecam peminat selepas menyanyi menggunakan aplikasi Smule ketika memandu yang boleh mengundang bahaya pada pengguna lain. Dia mengakui melakukan perbuatan itu sehingga tidak dapat fokus memandu.

Anggota kumpulan Bocey ini memberitahu ketika itu dia masih memandu dan memakai tali pinggang keledar kemudian bertindak melihat lirik sambil menyanyi dengan Smule. Bagaimanapun, dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.

Aksi Achey menyanyi menerusi Smule bersama seorang wanita bernama Rozy menjadi viral di media sosial sehingga meraih 660,438 pengunjung, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Aplikasi Smule menjadi tarikan pada ramai pengguna apabila menyanyi secara duet dengan individu lain hanya menerusi atas talian. Mengambil kejadian tersebut sebagai pengajaran, Achey juga berjanji dia hanya menyanyi dengan Smule apabila tidak memandu.
 
 
 
Comments



Back to top