Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Selain Gmie, Zur Eda Juga Dituduh Guna Bomoh

Dia menganggap tuduhan itu sangat keterlaluan dan keji.

0
comments
Selain Gmie, Zur Eda Juga Dituduh Guna Bomoh
Zur Eda berasa sangat sedih atas tuduhan itu yang turut membabitkan maruah keluarganya. (Gambar: zuredamokhtarofficial - Instagram)
Di sebalik cerita penyanyi Zur Eda tersingkir pada saingan suku akhir program Gegar Vaganza 3 kelmarin, rupanya peserta itu juga menjadi mangsa fitnah peminat apabila didakwa menggunakan bomoh ketika bertanding.

Penyanyi berusia 51 tahun itu mengakui ada tuduhan sebegitu dilemparkan padanya sehingga membuatkannya berasa sangat sedih kerana ia turut membabitkan maruah keluarganya.

Malah, ramai yang tidak tahu Zur Eda sebenarnya menerima kecaman sejak menyertai pertandingan nyanyian popular terbitan Astro itu. Akuinya seperti dilaporkan Utusan Online, tuduhan menggunakan bomoh paling memberi kesan pada dirinya yang dianggap sangat keterlaluan dan keji selain dikritik dari aspek penampilan diri.

Dalam program itu, Zur Eda yang digelar pengkritik tetap, Datuk Khadijah Ibrahim seperti penyanyi antarabangsa, Sade sering memberikan persembahan bertenaga meskipun dianggap peserta paling senior dalam kalangan peserta lain. Nyata, impak tuduhan itu membuatkan dia berasa bimbang dan tidak mampu untuk fokus serta rasa putus asa.

   
 
 
Comments



Back to top