Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Edry Abdul Halim, Datuk M Nasir Terus Unggul Diiktiraf MACP

Anggota KRU itu menerima pengiktirafan Komposer dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ketiga.

0
comments
Edry Abdul Halim, Datuk M Nasir Terus Unggul Diiktiraf MACP
Edry selaku penerima anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak manakala Datuk M Nasir diiktiraf Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak menerusi syarikat rakamannya, Luncai Emas Sdn Bhd. (Gambar: Edry Abdul Halim - Facebook dan wikimediacommons)
Lagu "Hanya Namamu" nyanyian kumpulan Caliph Buskers dan "Romancinta" (Mojo) antara karya popular yang menyerlah kehebatan Edry Abdul Halim sebagai komposer. Begitu juga, pencapaiannya mencipta pelbagai lagu membuktikan dia seorang individu yang gigih bekarya dalam bidang muzik.

Anggota kumpulan KRU ini juga menerima pengiktirafan Komposer dengan Pendapatan Terbanyak daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), malam tadi. Meskipun jumlah pendapatan itu tidak didedahkan tetapi ini adalah pengiktirafan kali ketiga berturut-turut yang diterimanya setakat ini.

Syarikat rakaman, Luncai Emas Sdn Bhd milik Datuk M Nasir menang kategori Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Universal Music Publishing Sdn Bhd pula menerima Penerbit dengan pendapatan Terbanyak, seperti dilaporkan Malay Mail Online.

Komposer popular, Habsah Hassan yang juga pengerusi MACP tidak ketinggalan menerima anugerah Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak. Bagi Anugerah Nadi Cipta kali ini mengiktiraf komposer Hamdan Atan atau nama popularnya, A Ali.

Penerima anugerah lain adalah Najwa Latif mendapat Komposer Muda Berpotensi, lagu “Together” nyanyian Sleeq, Tiz Zaqyah dan Zain Saidin (Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak) dan lagu nyanyian Waris dan Datuk Hattan iaitu “Gadis Jolobu” (Lagu Melayu Persembahan Terbanyak).
 
 
 
Comments



Back to top