Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Berjaya ke Separuh Akhir, Intan Sarafina Nekad Hanya Yang Terbaik!

Tidak terkilan ada komen yang mahukan dia tersingkir.

0
comments
Berjaya ke Separuh Akhir, Intan Sarafina Nekad Hanya Yang Terbaik!
Tidak kisah keluar dengan single dangdut kerana Intan Sarafina ingin menjadi penyanyi versatil (Kredit Gambar: Aishah Aziz)
Si cantik manis ini antara peserta yang boleh dikira underdog dalam pertandingan Gegar Vaganza 3 (GV3) yang sedang hangat berlangsung dan bakal melangkah ke episod separuh akhir pada Ahad ini. 

Pada yang mengikuti konsert suku akhir Ahad lalu, pasti tersenyum mengingatkan aksi hangat dan meletop Intan Sarafina yang tampil mendendangkan lagu dangdut 'Selamat Jalan Romeo' nyanyian asal Ramlah Ram.

Melakukan persembahan dengan sepenuh hati. (Kredit Gambar: Mazlan Yunos Photography)
Ramai yang kagum dengan persembahan Intan, malah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Juri tetap Datuk Khatijah Ibrahim juga memberikan komen positif pada persembahan Intan.

She really nailed it! Dan Intan berhak diberikan pujian dengan persembahan yang di luar comfort zone beliau. 

Rojak Daily Kaw! mendekati Intan dan bertanya sendiri mengenai persembahan dangdut yang membuatkan dirinya kelihatan sangat wow pada malam persembahan itu.

"Syukur saya sendiri tidak sangka dengan sambutan yang diberikan. Jujurnya saya memang sudah nekad untuk berikan yang terbaik.

"Saya memang push to the limit untuk kali ini dan suami antara yang kuat menyokong terutama ketika sedang berlatih," katanya tersenyum lega.

Tambah Intan, dia memang selesa dengan genre dangdut, malah kalau pembaca semua nak tahu Intan ketika awal kemunculan dulu memang mahu jadi penyanyi irama itu. Cuma syarikat rakaman yang mintanya tampil dengan genre balada.

Suami adalah penyokong kuat dan pembakar semangat. (Kredit Gambar: Aishah Aziz)
No wonder, Intan selesa bergelek dan kena lenggok nyanyian lagu dangdut pada malam berkenaan.

Paling best, penyanyi yang memiliki nama sebenar Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya ini beritahu dia sedia untuk tampil dengan single dangdut selepas tamat pertandingan GV3 nanti.

"Saya tidak kisah sebab saya kalau boleh mahu jadi penyanyi versatil. Semua irama boleh nyanyi. 

"Selama ini pun saya memang menyanyi lagu dangdut pada persembahan sekiranya di minta," katanya.

Mengenai dirinya yang masih bertahan sehingga kini, Ini mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada juri dan peminat yang percaya dengan bakat dirinya.

"Saya akan berjuang sehabis mungkin selagi ada peluang. Saya tahu banyak yang perlu saya perbaiki dan saya sedang berusaha ke arah itu," katanya.

Intan Sarafina akan terus bersaing dan memberikan persembahan yang terbaik. (Kredit Gambar: Mazlan Yunos Photography)
Pada masa sama, Intan mengakui tidak terkilan meskipun tahu ada komen daripada peminat yang mahu dirinya tersingkir. 

Kata Intan, adat sebagai manusia ada yang suka dan ada yang tidak gemar.

"Saya terima dengan hati terbuka, seperti saya katakan tadi selagi saya masih berada di pentas ini saya akan terus bersaing.

"Saya percaya ini adalah platform terbaik untuk saya kembali dan perjuangkan bakat saya,' kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.
 
 
Comments



Back to top