Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

"Saya Sudah Bersedia" - Lufya

Persiapan sudah 90% siap. Cuma Gementar menanti harinya.

0
comments
Lufya kini sudah bersedia bergelar seorang isteri (Kredit Gambar: Z. Nadzri)

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar, 31,  tidak dapat  menyembunyikan rasa terujanya untuk menuju ke alam baru bersama tunangnya,Dr Che Muhammad Hafiz, pada 26 November ini.

Pada tarikh itu, pasangan sama cantik sama padan itu akan diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dan hari berbahagia itu akan diadakan di ibu kota.

“Persiapan perkahwinan sudah 90 peratus siap. Bagaimanapun saya akui gementar untuk menunggu hari bahagia ini kerana bimbang jika ada kekurangan pada hari itu memandangkan majlis pernikahan dan resepsi saya akan diadakan  di lokasi sama.
 
Bersyukur dipertemukan dengan Hafiz, seorang lelaki yang jujur dan ikhlas (Kredit Gambar: Z. Nadzri)
"Sebenarnya debaran lebih kepada Hafiz kerana kali pertama dia berhadapan dengan media dan tetamu yang ramai pada majlis akad nikah itu nanti. Pada masa sama saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang jujur dalam percintaan dan serius menyunting saya sebagai isteri," katanya.

Bagi Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar sendiri, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri.
 
"Perjalanan untuk menempuh alam perkahwinan sangat indah dan saya berhasrat mahu berkahwin sebaik saja saya berhijab setahun lalu.  Sebagai persediaan ke arah itu, saya sering menghadiri usrah dan banyak bertanya mengenai hal rumah tangga. Alhamdulillah jika dulu sebelum berhijab saya tak pernah fikir soal berkahwin tetapi sekarang saya rasa rugi kenapa tidak berkahwin awal," katanya. 

Kerjaya seni akan diteruskan tetapi mungkin akan lebih selektif bersesuaian dengan status isteri (Kredit Gambar: Z. Nadzri)
Mengenai kerjaya seninya selepas berkahwin, jelas Lufya yang kini popular menerusi drama Umairah,  dia akan teruskan kerjaya seninya seperti biasa kerana Hafiz  juga tidak menghalang. 

"Saya percaya peminat pun nak tengok saya bahagia kerana mereka yang mengikuti saya sejak Akademi Fantasia selalu bertanya bila saya mahu bernikah. Saya juga yakin dan percaya pada rezeki Allah SWT. Saya tidak akan berhenti berlakon. Lagipun bakal suami juga sibuk dengan kerjayanya, jadi saya pun kena sibukkan diri agar tidak kesunyian di rumah," katanya. 
 
 
Comments



Back to top