Rojak Daily Logo

Filem Malaysia Lamar Jackie Chan Dan Rajinikanth

0
comments
Filem Malaysia Lamar Jackie Chan Dan Rajinikanth

Aktor popular Hollywood, Datuk Jackie Chan dan superstar filem Tamil, Rajinikanth dijangka membintangi filem terbaru, The Chini Saga: Kymersia Kingdom & 7 Princesses terbitan produksi tempatan di negara ini.

Produser merangkap pengarah filem ini, Mohd Rafeezi Mohd Zin atau Pveezi berkata, mereka masih dalam proses melamar dua pelakon tersohor ini untuk terbabit dalam filem genre kenegaraan, epik, fantasi dan aksi ini.

Filem terbitan Kumpulan TCS bersama Otai Productions ini berjaya mendapat 15 pelabur yang berminat menyumbang dana sebanyak RM25 juta untuk kos produksi filem ini.

“Kami juga memperuntukkan RM5 juta untuk kos promosi termasuk mewujudkan aplikasi dan permainan video. Selama 4 tahun kami bukan menghilang tetapi mencari dana untuk filem ini selepas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersetuju memberi dana sebanyak RM4 juta sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

The Chini Saga | Rojak Daily
Kumpulan TCS bekerjasama dengan Otai Production menerbitkan filem The Chini Saga: Kymersia Kingdom & 7 Princesses

Tambahnya, pelakon utama filem ini adalah watak seekor Naga yang dijelmakan menerusi Imej Janaan Komputer (CGI).

Filem ini yang menceritakan semula mitos legenda naga di Tasik Chini, Pahang akan menjalani penggambaran di tujuh negara iaitu Pulau Langkawi dan Sarawak manakala Thailand, Norway, China, India, Palestin, Australia dan Singapura. Penggambaran dijangka bermula selepas Aidilfitri nanti yang mengambil masa selama dua tahun dan menggunakan 90 peratus CGI.

Beberapa pelakon tempatan yang akan membintangi filem ini adalah Sonam Kapoor, Gabriel Lynch, Mubarak Majid, Elly Suriati dan Zaidi Omar manakala Yang Kassim bertindak sebagai koordinator aksi lagak ngeri. Pihak produksi juga berhasrat mengambil pelakon popular, Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Raja Ilya.

The Chini Saga | Rojak Daily
Watak Naga dijelmakan menerusi CGI
The Chini Saga | Rojak Daily
Filem ini mendapat dana sebanyak RM25 juta menggunakan 90 peratus kesan CGI
The Chini Saga | Rojak Daily
Filem ini akan menjalani penggambaran di tujuh negara selama dua tahun.
 
 
Comments