Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Amy Search Ketar Lutut Berlakon Teater

"Ini pengalaman baru, gemuruh dia lain macam! Tapi memang enjoy lah!"

0
comments
Amy Search Ketar Lutut Berlakon Teater
Amy Search kali pertama berlakon teater (Kredit Gambar: MSGREEN ART GALLERY Instagram @_msg.co)
Semua orang memang aware otai rock Amy Search ada bakat dan pernah berlakon dalam filem.
Terbaru, abang phewit kita sahut cabaran pengarah Erma Fatima beraksi di pentas teater Mak Cun D'walei yang sedang hangat dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

(Kredit Gambar: MSGREEN ART GALLERY Instagram @_msg.co)
Sempat berjumpa Amy sebaik selesai beraksi baru-baru ini dan RojakDaily Kaw! bertanya sendiri kepadanya.

"Ketar lutut saya. Memang risau dan berdebar. Maklumlah ini kali pertama memang dup dap rasanya.

"Syukur sebab selesai juga. Erma banyak bagi semangat dan saya ikut tunjuk ajar dia," katanya.

Menonton aksi Amy dalam pementasan itu jelas dirinya seorang profesional dan berjaya membawakan watak dengan baik.

(Kredit Gambar: MSGREEN ART GALLERY Instagram @_msg.co)
Amy berjaya menyorokkan rasa ketar lututnya dan dapat sorakan dan tepukan penonton. Rata-rata yang menonton mengakui Amy memang rock dan cool beraksi dalam teater itu.  Aksi bersahaja dan menjadi.

Bonusnya apabila Amy turut menyanyikan beberapa lagu popularnya.  Sambung vokalis kumpulan Search itu, walaupun ada pengalaman berlakon filem dan pernah beraksi di pentas sama, teater adalah pengalaman baharu baginya

"Lain dan tidak sama. Itu yang saya kata gemuruh dia lain macam. Tapi memang enjoyla," katanya.

(Kredit Gambar: MSGREEN ART GALLERY Instagram @_msg.co)
Teater Mak Cun D'walei dipentaskan sehingga 14 November ini dan membariskan pelakon lain seperti Datin Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Abam dan pelakon dari Pakistan, Saim Ali.

Kepada yang memang layan feel Hindustan anda wajar menonton teater ini kerana turut diserikan dengan tarian dan nyanyian dari era filem Bobby hingga ke filem Dilwale.

Yang penting tengok aksi otai rock kita beraksi, memang style!
 
 
Comments



Back to top