Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Potongan Cukai Untuk Penampilan Diri Sudah Lama Diberikan - LHDN

LHDN minta selebriti hantar Borang B.

0
comments
Potongan Cukai Untuk Penampilan Diri Sudah Lama Diberikan - LHDN
Gambar: Instagram Nora Danish
Kecoh baru-baru ini apabila aktres cantik Nora Danish didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa selebriti sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai kerana mereka perlu menampung ‘penampilan diri’ agar sesuai dengan status mereka. Nora turut meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  untuk mempertimbangkan cadangan itu.

Akhirnya, pihak LHDN telah tampil untuk membalas kenyataan Nora Danish. Menurut LHDN, potongan cukai untuk ‘penampilan diri’ kepada penggiat seni memang sudah diberikan selama ini oleh kerajaan.

Menurut seorang jurucakap LHDN, untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan malah ia terpulang pada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.  

Tambah pihak LHDN lagi, mereka tidak menggunakan terma ‘pelepasan cukai’ sebaliknya, ‘perbelanjaan operasi’ sebagai artis atau selebriti. Jadi setiap tahun selebriti perlu hantar borang B, yang membolehkan mereka menuntut perbelanjaan operasi setiap tahun.

Pihak kerajaan sedia memberikan potongan bagi bayaran jurusolek dan sewaan pakaian, selain beberapa kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan. Kos perjalanan seperti petrol, tol dan caj parking juga boleh dimohon untuk kecualikan cukai.

Selebriti perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois (termasuk, pembelian alat solek), baucer, bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain.
 
 
 
Comments



Back to top