Rojak Daily Logo

Kenapa Kau Menangis Rihanna?

0
comments
Kenapa Kau Menangis Rihanna?

Penyanyi antarabangsa, Rihanna mengundang emosi ketika dia mengadakan persembahan di Stadium Aviva, Dublin, baru-baru ini.

Dalam konsert jelajah UK ANTI itu, penyanyi popular lagu Umbrella ini muncul lewat setengah jam tetapi masih mencetuskan riuh peminat yang mahu menyaksikan persembahannya. Namun, ketika dia menyampaikan lagu popularnya duet bersama Eminem, Love the Way You Lie, dia mula menangis.

Dia bagaimanapun mengangkat tangan seolah memberi tanda dia masih okey sebelum peminat turut menyanyi bersama. Bagi peminat, ini bukan pertama kali melihat Rihanna menunjukkan emosinya di pentas, seperti dilaporkan Daily Mail.

Menerusi komen peminat di Twitter, ada yang bertanyakan mengapa penyanyi itu menangis tetapi masih memberi sokongan padanya. Di sebalik aksi itu, persembahan Rihanna kali ini juga mencipta kelainan apabila dia memakai seluar pendek dan jaket warna putih berjalan di atas laluan berkaca yang boleh ditonton peminat dari bawah.

Rihanna | Rojak Daily

 
Rihanna | Rojak Daily
 
Rihanna | Rojak Daily
Komen peminat di Twitter.
Rihanna | Rojak Daily
Rihanna berjalan di atas laluan berkaca.(Gambar:FameFlynet.uk.com).
 
 
Comments