Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Elly Mazlein Tersingkir Atau Menarik Diri?

Amat kecewa dengan komen Datuk Ramli MS ketika memberikan kritikan terhadap persembahan beliau.

0
comments
Elly Mazlein Tersingkir Atau Menarik Diri?
Adakah Elly Mazlein benar-benar tersingkir atau pilihan beliau untuk mengundur diri?
Konsert Gegar Vaganza 2016 menjadi sedikit kecoh di belakang pentas apabila Elly Mazlein dikatakan ingin menarik diri daripada menyertai program itu akibat komen daripada Datuk Ramli MS selaku ketua juri.

Komen Datuk Ramli MS yang berbunyi “Tengoklah belas kasihan Astro” benar-benar menyedihkan Elly Mazlein yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Elly Mazlein tidak dapat menahan kesedihan ketika sidang media diadakan.
Ketika ditemui di sidang media selepas tamat konsert, Elly Mazlein yang tidak behenti-henti menitiskan airmata memberitahu bahawa komen Datuk Ramli MS itu seolah-olah mengiyakan kata-kata pedas yang dilemparkan kepada beliau oleh pihak di luar sana bahawa dia hanya mengharapkan simpati dan belas kasihan orang ramai.

“Komen tersebut seolah-olah memberitahu bahawa saya memang mengharapkan belas kasihan dan rasa simpati daripada semua,” kata Elly dalam nada pilu.

Kehadiran ayahnya memberikan sokongan kepada beliau menambahkan lagi rasa pilu di hati Elly.
“Saya sebenarnya teruja kerana setelah beberapa minggu tidak sihat, minggu ini suara saya kembali pulih, tetapi perkara sebegini pula yang terjadi.”

“Saya tidak mengharapkan simpati sesiapa tetapi pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya di luar sana, dan apabila mendapat komen sebegitu, seolah-olah di dalam Gegar Vaganza juga saya dikatakan cuba meraih simpati.”

“Saya memberitahu pihak Astro bahawa saya ingin menarik diri daripada pertandingan ini kerana saya tidak mahu dimalukan sebegitu.”

Jihan menulis dua twitter menyatakan sepatutnya tidak ada penyingkiran pada minggu konsert keempat.
Pada waktu yang sama selepas tamatnya konsert, pengacara bersama Gegar Vaganza 2016, Jihan Musa telah menulis di twitter beliau bahawa sepatutnya konsert minggu ini tidak akan ada penyingkiran tetapi berlaku oleh kerana Elly Mazlein menarik diri.

Ditanya jika ada imuniti untuk Elly Mazlein kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza, dengan airmata mengalir di pipi, beliau menggelengkan kepala.

“Cukuplah rezeki saya bersama Gegar Vaganza sampai di sini. Biarlah saya menyambung pekerjaan saya seperti biasa,” ujarnya tersedu-sedu.

Dalam nada sedih, Elly tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang memberikan beliau peluang untuk menyertai Gegar Vaganza musim ini.

Elly Mazlein berterima kasih kepada Astro kerana memberikan peluang beliau beraksi di Gegar Vaganza musim ketiga.
“Saya tidak marah pada Astro, malah berterima kasih dengan peluang yang diberikan. Saya juga tidak marah dengan Tok Ram, cuma sedikit rasa kecil hati.”

Elly Mazlein di antara peserta Gegar Vaganza 2016 yang mempunyai ramai penyokong, bukan sahaja di dalam Auditorium MBSA tetapi juga di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook.
 
 
Comments