Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

'Boo' Bakal Jadi Destinasi Seram Terhebat di Asia

Bakal membawakan pengalaman tanpa henti 24 jam sehari menerusi filem-filem seram dan mendebarkan di Astro, Saluran 404 dan secara On Demand dalam HD

0
comments
'Boo' Bakal Jadi Destinasi Seram Terhebat di Asia
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, melancarkan saluran Boo, destinasi seram Asia.
Astro memperkenalkan ‘Boo’, Destinasi Seram Asia, yang bakal menyaksikan perkara-perkara yang paling mengerikan, menakutkan dan cukup memualkan serta luar dari imaginasi anda ke skrin televisyen rumah anda! Jika anda rasakan kegerunan dan keganasan mampu menggegarkan dunia anda, maka Boo merupakan destinasi terbaik untuk anda nikmati program-program Asia yang cukup mengerikan dan mendebarkan ini menerusi On Demand (yang boleh diakses menerusi sambungan PVR)! Selain itu, ia juga boleh didapati di aplikasi Astro on the Go dan juga siaran TV linear, saluran 404 berdefinisi tinggi, bermula 31 Oktober 2016 pada kadar RM 6.35 sebulan (termasuk GST). 

Pelbagai cerita seram dari seluruh Asia bakal ditayangkan di saluran Boo
Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi, Astro berkata, “Setiap dari kita punyai pengalaman seram atau kisah yang ingin dikongsikan; cerita mengenai hantu dan dunia mistik sangat menebal dalam budaya Asia sehinggakan tidaklah sukar untuk menggali kisah-kisah seram yang bernilai ini”. 

“Genre seram dan mistik merupakan di antara kegemaran para penonton maka pelancaran Boo pada hari ini adalah tepat pada masanya, dan kami percaya Boo dan kandungan vernakular Asia yang seangkatan dengannya mampu pergi lebih jauh lagi dari pasaran Malaysia dan menambat hati penonton di seluruh rantau Asia Tenggara”.

Antara filem yang akan menghantui senarai Boo termasuklah psiko-thriller, komedi seram, aksi-seram dan banyak lagi termasuklah tayangan filem baharu pada setiap Jumaat.

Sewaktu majlis pelancarannya, Boo turut telah menyiarkan selingan video eksklusif filem-filem menggerunkan dari Thailand, “Grace” yang mengisahkan seorang bekas idola Internet dan peminat nombor satunya serta percubaan mereka menculik idola Internet generasi kini; lagenda urban The Little Girl In Red dalam filem Taiwan, “The Tag-Along”; kisah penuh berhantu “Ghost Sense” yang juga dari Thailand; dan sebuah filem paranormal Indonesia, “Misterius”.

Peminat-peminat cerita seram tidak harus melepaskan peluang untuk melanggan saluran Boo.
Boo akan juga menghantui penonton menerusi filem-filem klasik Thailand dan Jepun, “Nangnak” dan “Shutter”, "JU ON: White Ghost & Black Ghost" "Battle Royale” dan judul-judul popular tempatan seperti “Jangan Pandang Belakang Boleh?”, “Kami Histeria”, “Hantu Tok Mudim” dan “Spicy Killers”.

Dengan semua judul filem boleh didapati di On Demand, pelanggan Astro digalakkan menyambung sambungan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses filem-filem Boo mengikut keselesaan mereka ataupun menontonnya di aplikasi Astro on The Go, sebagai tambahan kepada tontonan di layar TV menerusi saluran 404 dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM 6.35 (termasuk GST), mulai 31 Oktober 2016. Langgan Boo hari ini dan nikmati akses tontonan komplimentari sehingga 21 November 2016. Pelanggan boleh juga menamatkan langganan sebelum 21 November tanpa sebarang bayaran tambahan. 

Boo turut boleh dilanggan pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM 16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari tontonan dan pada harga RM 5.30 (termasuk GST) untuk 3 hari tontonan bermula 24 November 2016.

Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan saluran Boo, layari www.astro.com.my/boo atau menerusi saluran 200.
 
 
Comments