Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Che Ta Tak Lupa Bayar Cukai Pendapatan Tapi Masih Ada Tunggakan

Selebriti popular itu mengakui sudah membayar separuh daripada cukai pendapatan mencecah hampir RM1 juta.

0
comments
Che Ta Tak Lupa Bayar Cukai Pendapatan Tapi Masih Ada Tunggakan
Che Ta menyatakan jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar adalah besar nilainya dan dia sendiri belum mampu menjelaskan bayaran itu sekali gus. (Gambar: rozitachewan1 - Instagram)
Pelakon popular, Rozita Che Wan yang sering menjadi tumpuan ramai peminat khususnya di media sosial apabila memuat naik pelbagai gambarnya bersama suami dan anak bercuti ke luar negara, sekali lagi menjadi tumpuan selepas dia sekeluarga disekat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk ke luar negara.

Selebriti yang mesra dipanggil Che Ta itu sepatutnya menyambut hari lahir anaknya, Aaisyah Dhia Rana di London tetapi disekat buat sementara ke luar negara akibat masalah tunggakan cukai.

Che Ta menyatakan dia tidak lupa membayar cukai sebelum ini tetapi tidak menafikan masih mempunyai jumlah tunggakan cukai terdahulu, katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Tambahnya, jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar adalah besar nilainya dan dia sendiri belum mampu menjelaskan bayaran itu sekali gus.

Dalam pada itu, Utusan Online pula melaporkan Che Ta mengakui sudah membayar separuh daripada cukai pendapatan yang mencecah hampir RM1 juta.

Akibat kejadian dia sekeluarga disekat ke London, dia terpaksa menanggung kerugiaan untuk percutian itu yang tidak didedahkan jumlahnya. Che Ta juga memberitahu dia pergi ke luar negara setiap bulan dan perlu membayar cukai secara pelahan-lahan sehingga habis untuk mengelak percutian seterusnya disekat.
 
 
Comments



Back to top